Thursday, 8 December 2016

Ustaz Pondok Bukti Kemampuan : PU Zul

#PUZul, Finalist Pencetus Ummah Musim Ke-4


Berakhir sudah Pencetus Ummah musin yang ke-4 semalam, 8 Disember 2016 dengan dibarisi empat peserta finalist iaitu #PUZul, #PUMizi, #PUAkram dan #PURaihan. Tahniah buat #PUMizi kerana berjaya menjadi juara PU musim ke-4 ni. Keputusan penuh musim ke-4 adalah seperti berikut:


Juara:
Naib Juara:
Tempat Ke-3: 
Tempat Ke-4:

Pencetus Ummah musim ke-4 ini mengubah persepsi masyarakat terutamanya penonton-penonton dan penyokong peserta pencetus ummah bahawa rupa paras, taraf pendidikan dan asal-usul bukan lagi menjadi kayu pengukur dan keutamaan untuk menjadi juara. 

Jika kebiasaannya yang muda, yang hensem, yang berpendidikan tinggi dan yang berkarisma menjadi calon kesukaan ramai, tetapi Alhamdulillah di musim ke-4 ini, penonton program pencetus ummah nampaknya memilih calon yang tazkirahnya santai dan menusuk ke jiwa sebagai peserta  favorite. Peserta PU musim ke-4 juga nampak seimbang dari segi kreteria, ketrampilan, karisma dan kebijaksanaan. Oleh hal yang demikian mereka berpeluang bersaing secara adil dan sihat.

PU musim ke-4 ini juga memberi fenomena baru dalam dunia dakwah apabila satu-satunya ustaz pondok berjaya dibawa ke pentas akhir. Tahniah buat Ustaz Zulkornain bin Md Rejab atau lebih dikenali sebagai #PUZul dengan tagline 'HIDUP JANGAN PENYEGAN, AKHIRAT MESTI MAU LIGAN' berjaya menjadi Naib Juara PU musim ke-4. 

Beliau merupakan ustaz yang mendapat pendidikan di MADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH atau lebih dikenali sebagai Pondok Pakteh, Pengkalan Hulu yang merupakan institusi pondok tradisional. Bukan pondok moden seperti sekarang. Dari gaya penampilan dan bahasa percakapannya juga menampakkan beliau sangatlah "Low Profil". Dengan pengalaman-pengalaman beliau sebagai pendakwah bebas sebelum ini dan mengajar di majlis-majlis ilmu sekitar Pengkalan Hulu, Gerik, Baling dan Kulim, beliau lebih gemar menggunakan gaya santai dalam menyampaikan tazkirah.

Penerimaan penonton terhadap tazkirah santai beliau boleh dilihat melalui undian penonton secara online melalui akaun Facebook sepanjang berlangsungnya program PU musim ke-4 ini. Alhamdulillah dari minggu ke-3 sehingga malam Akhir Mimbar PU musim ke-4, beliau kekal dikedudukan teratas berdasarkan undian penonton. Kemenangan Juara dan Naib Juara hanya dibezakan dengan markah dari juri tetap sahaja. 

Jika tahun 2015 jenerasi pondok yang mencuba nasib di pentas Pencetus Ummah iaitu #PURamadham yang membawa tagline 'DARI PONDOK KITA BERMUZAKARAH, DENGAN ILMU KITA BERDAKWAH' tidak berjaya meneruskan perjuangan beliau ke peringkat akhir, tapi tahun #PUZul dah pon merealisasikan produk pondok juga mampu bersaing seiring dengan mereka yang berpendidikan moden. Kuncinya ilmu perlu ada dalam usaha menyampaikan dakwah. Semoga dengan kemampuan Ustaz Zulkornain menyampaikan tazkirah di pentas PU dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap institusi pondok yang dipandang sipi sedangkan ia juga mampu mengeluarkan produk berkualiti.

TAHNIAH buat tenaga pengajar Pondok Pakteh Pengkalan Hulu kerana berjaya melahirkan seorang Pencetus Ummah yang mampu memberi saingan hebat di pentas PU. Semoga #PUZul menjadi pemangkin dan idola generasi pondok untuk terus berjuang menjadi Da'ei dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Thursday, 17 November 2016

Jom Undi Pencetus Ummah ZUL

Mimbar Pencetus Ummah 2016 : Minggu Ke- 4

Assalamualaikum.


Pencetus Ummah 2016, PU ZUL, Pencertus Ummah Zul
Tajuk PU ZUL minggu keempat

Jangan lupa temujanji setiap malam Khamis, jam 9.00 malam di ASTRO OASIS 109 dan MAYA HD 135. Ada apa???? Haaaaaa...ada MIMBAR PENCETUS UMMAH musim yang ke-4. Mai pakat-pakat tengok rancangan keagamaan la pulak. Banyak ilmu dan pengetahuan agama dapat kita pelajari daripada tazkirah-tazkirah pendek yang disampaikan oleh para peserta Pencetus Ummah ni.

Sebagai tanda sokongan kita kepada peserta-peserta PU musim ke-4 ni, jom la kita undi PU pilihan kita setiap hari. Tak pakai duit pon. Janji ada internet dan ada akaun Facebook. Caranya mudah. Just layari www.pencetusummah.com. Next step boleh follow kat sini. Ikut je step-step mudah yang saya dah konsikan tu.

Saya UNDI PU Zul. Kenapa???? Sebab beliau merupakan Ustaz yang mengajar kuliah agama kepada mak ayah saya serta orang-orang kampung dekat masjid di sekitar Kroh, Pengkalan Hulu, Perak. Beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul. Sebenarnya banyak lagi kuliah-kuliah beliau di masjid-masjid sekitar Baling, Kulim dan Gerik. Saya juga dengar kuliah beliau dari rumah je kalau balik kampung. Almaklumlah rumah sebelah masjid je. Tapi saya tak dak la kitab macam mak ayah saya.

So apa la salahnya kalau saya mengundi bagi pihak mak ayah saya yang kompem-kompem tak dak Facebook bagai untuk undi PU. Mak ayah siap pesan lagi "hangpa jagan lupa sokong (UNDI) Ustaz Zul tu. Kami ni tak reti nak undi lagu (macam) mana...". Bukan lagu dalam GV k.

Ok so la ni pakat mai la ramai-ramai undi PU Zul tiap-tiap hari bagi membantu beliau mendapat sekurang-kurangnya 30% daripada pemarkahan dalam Mimbar PU setiap malam Khamis.


PERINGATAN

1 hari hanya boleh buat 1 Undian menggunakan 1 Akaun FacebookSAHAJA. 

*Kalau ada lebih dari satu akaun facebook boleh buat lebih dari satu undian


#PencetusUmmah2016
#DakwahYangSatu
#PUZUL
#HidupJanganPenyeganAkhiratMestiMauLigan
#KeepVotingPUZUL
#KeepSupportingPUZUL