Wednesday, 30 April 2014

Keistimewaan Bulan Rejab

Harini 1 Rejab 1435H bersamaan 1 Mei 2014. Kita lebih peka dengan kehadiran 1 Mei sebagai Labour Day @ Hari Pekerja. Hari bersejarah yg dicipta oleh manusia. Hari yang dirai tanpa ada fadhilat dan kebesarannya. Berapa ramai dari kita yg menghayati intipati bulan-bulan Islam seperti Muharram, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Zulhijjah dan sebagainya. Keistimewaan Bulan Rejab sangatlah banyak. Adakah kita mengambil tahu?
Sebagai ummat Islam kita lah insan yang bertanggung jawab mengimarahkan bulan-bulan Islam yang mana ada di antara bulan-bulan tersebut Al-Quran diturun, Rasulullah SAW dilahirkan, Buku Amalan kita diganti dan sebagainya. Jangan biarkan arus kemodenan melalaikan dan menyesatkan kita sehingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Jangan biarkan New Year, April Fool, Labour Day dan seumpamanya menjadi ingatan kita. Nauzubillah...
Rejab adalah bulan dimana didalamnya tersipan 1001 kelebihan  & kebaikan. Sama-sama kita imarahkah  Rejab sebagai bulan meninggkatkan amal ibadat sebagai persediaan menanti kehadiran Ramadhan Al Karim.
 
Apakah kehebatan bulan Rejab di dalam Islam?
♥Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
♥Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
♥Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
♥Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
♥Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
♥Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
♥Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
♥Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
♥Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
♥Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
♥Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
♥Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
♥Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
♥Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
♥Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
♥Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
♥Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
♥Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
♥Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
♥Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
♥Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
♥Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
♥Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
♥Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
♥Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
♥Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
♥Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
♥REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
♥REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya.
♥REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Banyak kan kebaikan & kelebihan yang diperolehi dalam bulan Rejab ni. Marilah kita sama-sama ambil peluang dan kesempatan yang diberi Allah SWT utk kita  beramal mengikut kemampuan masing-masing, jika tidak mampu melaksanakannya semuanya, lakukanlah yg termampu.
Lebih baik buat satu daripada tidak berbuat apa-apa langsung.

Wednesday, 23 April 2014

MASALAH PELANGGAN SHAKLEE

Selalu dpt feedback →'MASALAH'← drpd kawan2 yg teringin nk consume vitamin Shaklee. Antaranya:

1) Tak tau nk buat pilihan.
    ••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sebenarnya tak masalah pon bab nk buat pilihan ni. Kita kena la tau apa kehendak kita. Maksudnya perlukan vitamin utk apa? Dah kenalpasti kena la bertanya dengan SID pilihan kita tu... ■settle■

2) Terbeban dengan kombinasi 'SET'
    •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Shaklee tak pernah keluarkan set2 produk. Semuanya singgle produk. Kombinasi set tu terhasil bilamana kita perlukan byk jenis supplement dalam satu2 masa. Dan mungkin juga kita perlukan kombinasi vitamin tu untuk kesan yg lebih optima. So tak salah kalau just nak try satu vitamin je dulu. Buat pilihan ikut bajet...■settle■

3) Harga yg 'MACAM' mahal
    •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Suka sy dengar masalah no 3 ni. Nak murah seumur hidup n berbaloi2 seumur hidu pon blh. Jom la join ahli. Bangga tau bila ada ID sendiri. Hanya bayar yuran keahlian rm65 kita dh layak beli dengan harga ahli. Dan atas keizinan Allah SWT juga barangkali kita bakal mendapat Cash Bonus drpd Shaklee(terma & syarat)...■settle■

4) Susah nak cari kat area2 'Kami'
    ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Vitamin Shaklee bkn sebarangan produk yg kita blh belibdi tepi2 jalan, di tapak pasar malam dan sebagainya. Ini bg menjaga standard & kualiti produk Shaklee itu sendiri. So anda blh cari mana2 SID yg anda percaya utk dapatkb produk Shaklee. Kalau dh tau area anda susah nk cari produk Shaklee apa kata anda join ahli utk bantu org di kawasan anda dapatkn supplement Shaklee. Secara tak lansung anda akan dapat income *terpijak* setiap 15hb...■settle■

5) Kompius cara pengambilan
    ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Untuk cara pengambilan, bg yg bkn ahli sy syorkan anda hubungi SID yg anda beli produk tu. Sbb setiap SID wajib bertanggungjawab ke atas setiap pelanggan mereka dlm setiap persoalan berkaitan produk & jadual pengambilan. Bagi yg dh berdaftar ahli anda rujuk kepada upline / org yang mendaftarkan anda. Mudah kan. JANGN DUK PIKIAQ PECAH PALA SORNG2...■settle■

6) Konsultasi
    ••••••••••••••••
Banyak kawan2 sy yg hadapi masalah konsultasi / service after sale. Kes ni blh refer point no 5 jg. Tp kalau rasa tak puashati blh jg tanya pakcik 'google'. Dalam masa yg sama carilah SID lain & minta konsultasi drpd mereka. Jadilah cust yg SID tu / register keahlian di bawah mereka yg anda percayai & puashati...■settle■

Jika sy menjadi SID pilihan anda, insyaAllah sy akan bantu anda hadapi masalah2 di atas...

Nak tau lebih2 pasal produk @ bisness Shaklee????

call/whatsApp:
▪wani mahmud
▪0111 655 0182

Tuesday, 22 April 2014

BERPANTANG CARA MODEN

Jika suatu masa dahulu Jamu adalah sinonim dengan ibu-ibu yang sedang berpantang namun kebelakangan ini ramai ibu-ibu muda yg memilih supplement / vitamin sebagai gantian jamu dalam pantang. Antara Set Berpantang yang menjadi pilihan ibu2 muda ini adalah kombinasi supplement  SHAKLEE.
 
Walaupun Set Berpantang Shaklee ini terdiri daripada pil-pil vitamin tanpa minyak telon, minyak urut, tungku, barut mahupun pilis tetapi ianya tetap menjadi pilihan mereka. Banyak faktor yang mempengaruhi ibu-ibu ini dalam membuat pilihan. Antaranya:
 
* Tidak suka bau-bauan herba
* Tidak mampu menelan rasa pahit jamu
* Terikat dengan masa tertentu untuk waktu pengambilan
* Cara pemakanan kadangkala merumitkan
 
Keberkesanan fungsi vitamin yg ada pada produk Shaklee dan tindak balas yang baik ketika tempoh pengambilannya juga maka sudah ramai pengguna yang berpuas hati dan memberi maklumbalas positif.
 
Kombinasi vitamin yang dicadangkan untuk ibu-ibu melalui tempoh berpantang adalah:
 
Vita Lea - Multivitamin yang dilengkapi dengan 28 jenis vitamin terutama zat besi. dan membantu ibu lepas bersalin yang banyak kehilangan darah dan proses pemulihan
 
Vita C
- Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan juga menjadikan kulit lebih cantik. Menyembuhkan luka jahitan dan membaikpulih tisu yang rosak lepas bersalin
 
B Complex
- Terdiri dari 8 vitamin B dengan asid folik untuk membantu memberikan tubuh badan lebih bertenaga dan B complex ini adalah vitamin anti stress. Membantu menstabilkan hormon
 
Zinc Complex
- Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat dan mengelakkan jangkitan kuman (juga sesuai untuk yang bersalin secara pembedahan)
 
Antara sebab lain yg menyebabkan supplement Shaklee menjadi pilihan ramai ibu-ibu selepas bersalin juga adalah Faktor HARGA. Harganya adalah jauh lebih murah daripada Set Berpantang yang sedia ada dipasaran sekarang ini. Ditambah dengan jangkamasa setiap botol vitamin yg boleh mencecah sehingga 4 bulan, ianya menjadikan SET BERPANTANG SHAKLEE adalah pilihan berbaloi & terbaik.
 
Pilihan Ditangan Anda...
 
Ingin menjadi salah seorang pengguna supplement Shaklee & perlukan konsultasi untuk penggambilan supplement Shaklee sila hubungi:
 
Call/sms/whatsApp:
▪0111 655 0182
▪Wani Mahmud

Wednesday, 9 April 2014

FUNGSI & KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

OSTEMATRIX SHAKLEE befungsi sebagai:

1. Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2. Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3. Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4. Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5. Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6. Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8. Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*

9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10. Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.


 

Tuesday, 8 April 2014

OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix Shaklee merupakan pil kalsium terbaik kerana formulanya yang unik. Ia mengandungi KALSIUM, MAGNESIUMFOSFORUS, VITAMIN D, ZINC, KUPRUMMAGNESIUM dan BORON. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang mendapan sesetengah mineral. Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas. Apabila anda mengambil osteomatrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan.

Ostematrix Shaklee juga membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Ostematrix amat diperlukan oleh mereka-mereka yang mengalami simptom-simptom di bawah:

  • sakit pinggang, sakit lutut dan sendi.
  • kebas kaki / tangan terutamanya pada waktu malam.
  • Ibu mengandung yang sering mengalami kebas kaki& gusi berdarah.
  • Ibu menyusu (memerlukan jumlah kalsium yang tinggi)
  • sering keletihan dan kerap outstation (kalsium membantu mengurangkan keletihan)
 
Antara munafaat Ostematrix adalah:

  • Menguatkan tulang, gigi dan system saraf.
  • Membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
  • Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
  • Membantu perkembangan tubuh badan normal.
  • Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik
  • Membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan dan gusi berdarah.
  • Membantu atlet sukan, membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah.


 
 
Berminat untuk dapatkan supplement Shaklee sila hubungi:
 
call / SMS / WhatsApp:
0111 655 0182 (wani)
 
FB Page:WS vitashop
 


Monday, 7 April 2014

Penyakit Gout


Apakah Penyakit Gout?
Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

 
Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
·        Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
·        Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
·        Minum alkohol berlebihan.
·        Kecederaan kepada sendi.
·        Selepas pembedahan.

 Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
·        Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
·        Sendi menjadi bengkak.
·        Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
·        Demam.

Tujuan Rawatan Gout
·        Mengurangkan sakit sendi.
·        Mengurangkan kekerapan serangan.
·        Mengelakkan komplikasi penyakit gout.

Fakta Tentang Gout
·        Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
·        Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
·        Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·        Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
·        Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·        Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
·        Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Pemakanan
·        Elakkan makanan yang kaya dengan purin. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
·        Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
·        Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

 
Elak & Kurangkan Makan
·        Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
·        Ikan bilis, kembung, sardine
·        Daging cincang & Daging Merah
·        Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
·        Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
·        Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
·        Kekacang
·        Roti (putih & manis), jagung dan bijirin

Pesakit Gout WAJIB minum banyak air. Seeloknya ambil air kosong. Air yang banyak penting untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
Cara pengiraan bilangan air kosong dalam badan:

1 liter = 25kg (berat badan)
Sekiranya berat badan anda 70kg, air yang diperlukan dalam badan ialah:
70kg / 25kg = 2.8 liter

Supplemen yang dicadangkan:

·        OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit. 

·        Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.  

·        Performance Drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
 
 
 
 
Berminat untuk dapatkan Set Gout Shaklee:
 
call / whatsApp:
0111 655 0182 (wani)
 
Shaklee ID : 1023712