Friday, 30 May 2014

Set Kesuburan Shaklee

Memiliki cahaya mata merupakan impian begi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun kita hanya merancang. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Biasanya kita akan dengar berita gembira mengenai kehamilan seseorang adalah seawal seminggu usia perkahwinan. Ini lah yang dikatakan bunting pelamin. Dalam ertikata lain Allah bagi rezeki awal. Bagaimana pula nasib pasangan yang dah bertahun-tahun kahwin tapi belum dikurniakan rezeki anak?

Tidak semua kita di dunia ini miliki nasib yang sama dalam soal ajal, maut, jodoh dan rezeki sebenarnya. Jadi bagi pasangan yang belum dikurniakan anak tak bermakna tertutup sudah peluang anda memiliki anak. Zaman kemodenan kini, banyak cara, kaedah dan peluang untuk anda berusaha mendapatkan zuriat. Anda hanya perlu berusaha mengikut kemampuan anda.

Makanan tambahan juga merupakan salah satu kaedah yang menjadi pilihan pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Permintaan terhadap Set Kesuburan Shaklee  juga tidak kurang hebatnya. Ini kerana kesan dan hasil daripada pengambilan yang konsistem, ianya telah memberi peluang kepada suami isteri memiliki cahaya mata. 
Mengapa Set Kesuburan Shaklee menjadi pilihan ramai?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki.
  • Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.
Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:


Bagaimana vitamin Shaklee membantu meningkatkan kesuburan? 
Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.
B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).
Vita C
Memilili tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Set Kesuburan Shaklee
Set Kesuburan (Basic)
Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.
GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.
Zinc Complex
Ini khas untuk suami mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee dan mendapat konsultasi daripada saya secara percuma, anda boleh hubungi saya.

Sebarang Pertanyaan Hubungi:
Pengedar Shaklee Penang

Thursday, 29 May 2014

Sultan Azlan Shah Mangkat

 
 
Sultan Azlan Shah Mangkat 
 
 Merafak Sembah sekalung ucapan
Takziah
kepada seluruh Kerabat DiRaja Perak atas kemangkatan
DYMM Al-Marhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
 
 
BELANGSUNGKAWA
Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi
 
Pendidikan
- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn
 
Kerjaya
- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara
 
Sumbangan 
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999
 
Sukan
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
 

Wednesday, 28 May 2014

Kenapa Perlu Jadi Ahli Shaklee?

Daftar Ahli Shaklee
Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Semakin hari dah semakin ramai yang menjadikan Vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan untuk diri sendiri mahupun seisi keluarga. Buktinya permintaan terhadap vitamin Shaklee tak pernah berkurangan malahan bertambah dari semasa ke semasa sampaikan sesetengah vitamin tu 30minit restock kat branch dah Out Off Stock semula. Anda juga boleh perhatikan status-status pengedar Shaklee yang serius berbisness selalu je updet yang produk-produk Shaklee yang fast moving selalu Out Off Stock dan kena 'booking' segera kalau berminat. Ini lah bukti yang menunjukkan vitamin Shaklee merupakan vitamin pilihan utama rakyat Malaysia. Tapi walaupun penggunanya ramai tak bermakna semuanya adalah Ahli Shaklee yang sah kan??? Kalau lah ramai yang dah ahli sekalipun belum tentu semuanya aktif berniaga kan???
 
Saya selalu tertanya-tanya kenapa ramai yang makan vitamin Shaklee ni tak nak jadi ahli. Tak tahu kah mereka bertapa banyaknya faedah dan kebaikan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Sejujurnya Shaklee juga merupakan salah satu perniagaan MLM. Tapi perlu anda tahu yang pelan pemasaran Shaklee banyak perbezaan dengan MLM yang terdapat di Malaysia ni. So janganlah pandang sebelah mata dek kerana Shaklee ini MLM.

 
________________________________________________________________________
 

MUNAFAAT UTAMA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE:
 

1-Yuran keahlian SERENDAH RM75 SEUMUR HIDUP.(sangat-sangat murah)

 
2-Belian produk pada HARGA AHLI.(kadar diskaun 20% - 30%)
 
3-Pembelian online melalui www.shaklee2u.com tanpa limit masa.(tak perlu beratur di stokis lagi)
 
4-Berpeluang mendapat BONUS dari hasil belian / jualan sekiranya memenuhi terma & syarat.(kadar bonus 5%-21% dan dibayar setiap 15hb)
 
5-Boleh menjana pendapatan.(2, 3 & 4 angka nilai BONUS mengikut pilihan anda)
 
6-Sekiranya anda serius ingin menjana pendapatan, anda akan dibantu oleh UPLINE / MENTOR.(melalui secret group saya)

________________________________________________________________________
 
 
Dengan Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee yang tidak terdapat pada MLM lain, ianya telah membuatkan saya sendiri jatuh cinta. Bermula dengan mencuba GLA Shaklee untuk membetulkan period dan akhirnya mendaftar sebagai ahli Shaklee yang melayakkan saya bergelar Pengedar Sah Shaklee. Terus decide untuk share kebaikan Shaklee dengan kawan-kawan dan akhirnya mendapat pendapatan sampingan secara suka-suka dan tak sengaja. Best kan??? Lagi best bila pendapatan tu 4 angka. Mengaum je harimau saya setiap 15 haribulan.

Kini Shaklee dan saya berpisah tiada! Chewahhh ayat orang finatik supplement Shaklee. Ya, saya memang finatik dengan hampir kebanyakkan vitamin Shaklee   saya dan family dah cuba ambik. Rasanya kami bermula dengan CUBA, TRY, TEST & TENGOK dan akhirnya jadi pengguna berterusan. Alhamdulillah sememangnya kami sekeluarga serasi dengan semua Vitamin Shaklee yang kami dah cuba dan terus jadi pengguna setia. Ini juga adalah salah satu sebab "Kenapa Perlu Jadi Ahli Shaklee"   untuk diri saya sendiri.

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga IM Shaklee sila hubungi saya. Saya sedia memberi bimbingan, tunjuk ajar, panduan, dan menjadi mentor buat anda.


Sebarang Pertanyaan Hubungi:
Pengedar Shaklee Penang
 


Fungsi Darah

pengedar shaklee penang
Darah adalah cecair berwarna merah yang terdapat di dalam pembuluh darah. Warna merah tersebut tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut pengaruh zat kandungannya, terutama kadar oksigen dan karbondioksida. Apabila kadar oksigen tinggi warna darah menjadi merah muda, tetapi apabila kadar karbondioksida yang tinggi, warna darah akan menjadi merah pekat. Volume darah pada manusia adalah 8% berat badannya.

Darah manusia terdiri daripada dua komponen utama iaitu sel-sel darah dan plasma darah. Sel-sel darah ini pula terbahagi kepada beberapa komponen yang terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih dan platlet.

Manakala darah manusia pula dikelaskan kepada empat jenis kumpulan yang berbeza iaitu A, B, AB dan O mengikut sistem ABO. Jenis kumpulan darah ini diwarisi daripada kedua ibubapa.
Fungsi Darah:
  • Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh badan dan menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien yang berkhasiat yang diperlukan tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain.
  • Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida.
  • Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogosototik oleh beberapa sel, dapat melindungi tumbuh dari sebarang bakteria.
  • Rembesan dalaman, hormon dan enzim dihantar dari organ ke organ dengan perantaraan darah.
  • Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang.

Fakta menarik tentang darah manusia:
  • Pemindahan darah yang pertama dalam sejarah telah berlaku seawal tahun 1667. Jean-Baptise telah memindahkan darah sebanyak 1 liter dari seekor kambing ke seorang pemuda.
  • Seorang perempuan memiliki sekitar 4-5 liter darah dalam tubuh, sedangkan seorang lelaki mempunyai 5-6 liter darah.
  • 2 juta sel darah merah akan mati pada setiap saat.
  • Dengan mendermakan setengah liter darah, kita telah menyelamatkan 4 nyawa manusia.
  • Secara puratanya, terdapat sehingga 40% manusia yang mempunyai darah jenis kumpulan O.




Tuesday, 27 May 2014

Set Shaklee

Set Shaklee terdiri daripada beberapa jenis vitamin Shaklee yang dikombinasikan mengikut fungsi dan kebaikan vitamin tersebut mengikut keperluan pengguna. Ianya juga boleh dilihat daripada hasil tindakbalas ke atas penyakit. Selain itu ianya juga bagi memudahkan pengguna membuat pilihan mengikut bajet dan keperluan selain ianya boleh di beli secara satu-satu jenis.
Di bawah ini adalah kombinasi perlbagai vitamin Shaklee yang disenaraikan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Ianya hanyalah cadangan kombinasi sahaja. Tindakbalas dan keberkesanannya juga bergantung kepada antibody masing-masing. Tidak semua daripada kita mengamalkan cara pemakanan yang sama. Jadi jadual pemakanan, gaya hidup dan taraf kesihatan semasa kita juga memainkan peranan dalam memastikan keberkesanan dan tindakbalas setiap kombinasi vitamin ini.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma dan cadangan vitamin yang bersesuaian dengan taraf kesihatan anda akan saya sarankan. Anda juga tidak semestinnya perlu membeli kesemua jenis vitamin yang terdapat dalam setiap set seperti yang disenaraikan di bawah ini.
 
Cadangan SET SHAKLEE
 
SET KEHAMILAN
Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, Omega Guard, ESP
 
SET BERPANTANG
Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex, Ostematrix, ESP
 
SET PENYUSUAN
Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
 
SET KESIHATAN KANAK-KANAK
Chewable Vitamin C, Omega Guard, Meal Shakes
 
SET PENJAGAAN KULIT
B-Complex, Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, Vivix, Collagen Powder, ESP

SET KURUS
Lecithin, Omega Guard, Herb Lax, Alfafa, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix, ESP

SET TAMBAH BERAT BADAN
Vitalea, B-Complex, Meal Shakes

SET ASMA / RESEDUNG / ALAHAN / ECZEMA
Alfalfa, B-Complex, Vitamin C
 
SET KESUBURAN
Alfalfa, GLA Complex, Vitamin E, Zinc Complex, B-Complex, Vitamin C, Vitalea
 
SET HAJI & UMRAH
Performance Drink, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, Advance Joint Health Tablet
 
SET PMS / PERIOD
Alfalfa, GLA Complex, Ostematrix
 
SET DAIBETIS
GLA Complex, B-Complex, Vitamin C, Zinc
 
SET TENAGA
ESP, B-Complex, Perfomance Drink
 
SET GOUT
Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
 
SET ANTI PENUAAN
Vivix, Collagen Powder
 
SET ANTI OKSIDAN
Carotomax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix, Collagen Powder

SET PELAJAR (12 THN++)
Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard, Meal Shakes
 
SET IMMUNISASI
Nutriferon, Vita C
 
SET SENDI & TULANG
Advance Joint Health Tablet, Omega Guard, Ostematrix
 
SET KESIHATAN LELAKI
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink, Advance Joint Health Tablet, CoqHealth
 
SET INDIVIDU YANG TIDAK SUKA / BOLEH MAKAN PILL @ TABLET
Meal Shakes, ESP, Vivix, Nutriferon, Collagen Powder, Cinch Shake Mix
 
Ini hanyalah cadangan kombinasi vitamin yang dijadikan set-set bagi memudahkan anda membuat pilihan. Sekiranya anda menghadapi masalah membuat pilihan mahupun mengenalpasti vitamin yang bersesuaian mengikut keperluan dan bajet semasa sila jangan malu-malu untuk hubungi saya.
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya:
Pengedar Shaklee Penang

Monday, 26 May 2014

D' Keriangan Village

Jumaat malam Sabtu minggu lepas (23 Mei 2014) kami planning nak balik kampung. Bila bab planning ni selalu mesti fail punya lah. Tak dak maknanya nak ikut jadual perjalanan asal. Tapi ok la jugak tak ikut jadual kali ni. Ada hikmah rupanya. En.Hubby belanja dinner. Puan Wifey pada hakikatnya tak tau pon sebab apa hubby duk delay masa nak kluar umah dari Penanti tu. Rupanya nak bawa wife dia dinner sekali.

Yang best tu dalam perjalanan dari Penanti nak balik Pengkalan Hulu hubby tak cakap pon nak berhenti makan mana-mana. Tapi saya memang nak ajak makan kat Restoran Landak dekat simpang nak naik highway Pantai Timur tu. Sebab rasa nak makan kerabu maggi. Tapi lepas je Desa Aman hubby suruh alert ngan signage D' Keriangan Cafe. Macam tau-tau je yang Puan Wifey ni lama dah duk sebut nak makan kat kedai makan sekian-sekian kat jalan sekian-sekian. Awat guna istilah sekian? Sebab sebelum ni tak brapa tau nama kedai dan nama tempat tu walau pun setiap kali balik kampung lalu depan kedai tu.
Maka bermula la episod excited duk tengok signage sepanjang jalan lepas Desa Aman tu. Kejap laki kata dah lepas kot. Kejap bini lak kata dah lepas kot. Walau pon memasing duk cakap dah terlepas kot tapi masih duk mengintai semua signage tepi jalan tu juga. Intai punya intai jumpala la jalan masuk ke cafe tu. Dalam hutan ok. Seram gak kiri kanan tu hutan.

D' Keriangan Village Bagan Sena
Menu D' Keriangan Village Bagan Sena

Tempat ni santai dan privacy sesangat. Sebab duk tengah-tengah ladang kelapa sawit dan dikelilingi rimba-rimba hutan. Kalau pi dating sini memang syok. Tapi dating dengan pasangan HALAL ye, bukan yang HARAM. Hehehe. So kesimpulannya p la dating + dinner dengan husband or family. Tempat duduk pon ada option. Nak duduk santai ala pondok beratap nipah macam kat kampung atau kawasan yang moden macam dalam gambaq kat bawah tu.

D' Keriangan Village Bagan Sena
Meja Makan D' Keriangan Village Bagan Sena


Kami pilih duk bawah pondok bermeja buluh dan beratap daun nipah. Best. Macam lepak kat kampung rasanya. View depan kolam. Sambil-sambil tunggu oder siap boleh la sembang-sembang santai ngan En.Hubby. Menu kami malam tu Lamb Chop + Teh 'O' Ais Limau untuk En. Hubby dan Sizzling Chicken Grill + Air Apple Asam Boi untuk Pn. Wifey. Makanan biasa-biasa je la kalau nak compare dengan Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet. So kalau otang yang suka suasana hutan, sunyi dan privacy memang recommanded.


D' Keriangan Village Bagan Sena
D'Keriangan Village Bagan Sena, Labu Besar, Kedah.



Cadbury DNA Babi

Say Good Bye to Cadbury Dairy Milk!!!



Cadbury DNA Babi
Cadbury Dairy Milk Hazelnut & Cadbury Dairy Milk Roast Almond

Maka ramailah pencinta coklat Cadbury yang bersedih hati di atas pemergian Cadbury Dairy Milk kan??? Dua harini, sana sini memperkatakan tentang DNA babi(porcine) yang dikesan dalam coklat Cadbury Dairy Milk ni. So kalau dah kat 2 jenis coklat Cadbury ada porcine tak mustahil yang lain-lain jenis jenama Cadbury pon terpalit juga kan. So memang patut kita nak was-was pon. Nak selamat boikot je terus jenama Cadbury ni.

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya."



Dalam orang kata tak halal tu pon masih ada lagi yang tak percaya. Nah tengok bukti-bukti kat bawah ni na. Tak mati pon kalau tak makan coklat ni.



Sehubungan kenyataan di atas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine). Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu diambil susulan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Dalam kenyataan sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengakui keputusan tersebut diperoleh hasil daripada tiga sampel coklat susu Cadbury yang telah diambil untuk analisis bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015

Lepas ni kalau nak beli apa-apa makanan pon kena la semak nombor kelompok dulu sejajar dengan saranan KKM sendiri. "KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya"

Info Coklat Cadbury olah Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140525/dn_07/Coklat-Cadbury-dikesan-DNA-babi

"MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU"

Wednesday, 21 May 2014

Pengedar Shaklee Penang

Assalamualaikum.

Anda sedang mencari vitamin ataupun supplement untuk kegunaan sendiri mahupun insan-insan tersayang? Jika YA, mai la cuba consume Vitamin SHAKLEE. Mesti puas hati punya. Produk Shaklee merupakan makanan tambahan untuk Kesihatan Badan, Kecantikan & Kediaman yang berasaskan bahan semulajadi.
Shaklee menyediakan vitamin untuk kanak-kanak berumur 1 tahun sehinggalah dewasa. Apa je vitamin yang anda perlukan, InsyaAllah saya akan cuba cadangkan mengikut bajet dan keperluan semasa anda. Harapan saya smoga anda dan keluarga tersayang akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH PRODUK SHAKLEE:
PRODUCT SHAKLEE DIJAMIN 100% :

♛ HALAL
♛ KELULUSAN KKM
♛ SEMULAJADI
♛ TIADA TAMBAHAN PERASA TIRUAN
♛ TIADA TAMBAHAN PEMANIS
♛ TIADA TAMBAHAN PEWARNA
♛ TIADA PENGAWET
 
Antara Kombinasi Vitamin Shaklee yg mendapat permintaan tinggi di pasaran (popular):

Set Kurus Set Mengandung Set Berpantang
Set Menyusu Set Kesuburan Set Kulit Cantik
Set Kanak-Kanak Set Suami Isteri Set Pelajar
Set Penyakit:
■ Gout ■Kencing Manis ■Magrain
■Darah Tinggi ■Asma ■Resedung ■Tulang & Sendi

Untuk dapatkan produk Shaklee pilihan anda sila hubungi saya. Info Produk, Tips dan Konsultasi percuma untuk anda sabagai pelanggan saya.

COD Area:
♣PENANG♣
Penanti, Bandar Perda, Seberang Jaya, Tasek Gelugor

♣KEDAH♣
Kulim, Lunas, Baling

♣PERAK♣
Pengkalan Hulu

Penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan POS LAJU, Gdex & City Link.


Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu pilihan untuk meningkatkan tahap kualiti hidup dan sudah pasti Shaklee merasa bangga dapat menghasilkan produk berkualiti untuk keperluan harian kita semua.
Berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri mahupun menjana pendapatan tambahan juga dialu-alukan. Segala maklumat dan panduan akan disediakan untuk ANDA.

Untuk info lanjut jagan malu jangan segan untuk hubungi saya.
call / sms / whatsApp:
wani mahmud
0111 655 0182
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Shaklee Penang

Tuesday, 20 May 2014

Alfalfa Complex


Alfafa Complex
Alfafa Complex (s)
 

Alfafa merupakan Sumber Zat Makanan Semulajadi dan Klorofil. Ia juga menjadi pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
 
Di antara vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee adalah:
 
Vitamin A
Untuk penglihatan, membina ketahan terhadap jangkitan terutamanya dalam saluran pernafasan, menggalakan pertumbuhan sel dan menggalakan kulit yang sihat.
 
Vitamin E
Melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
 
Vitamin B6
Membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
 
Vitamin K
Penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
 
Vitamin D
Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
 
Kalsium
Membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
 
Zat besi
Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
 
Kalium
Membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
 
Fosforus
Meningkatkan peranan tisu saraf.
 
Sodium
Mengawal keseimbangan cecair dalam badan
 
Magnesium
Mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini.
 
Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Protein diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan kita. Kekurangan protein di dalam badan menyebabkan kita cepat lesu dan letih. Akar alfalfa pula yang memanjang ke dalam tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuhan lain.
 
FUNGSI ALFAFA SHAKLEE:
  • Merawat gangguan pencernaan.
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Menghapuskan kolestrol buruk (LDL)
  • Mengurankan risiko penyakit jantung dan strok
  • Bagus untuk pesakit diabetis kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
  • Mencegah edema - Pengumpulan air di dalam badan terutama di bahagian kaki
  • Mengurangkan simptom menopaus
  • Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
  • Merawat masalah sembelit
  • Menyahkan toksik di dalam badan
  • Merawat sakit otot dan sendi
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Membantu masalah penghadaman
  • Terkenal dengan fungsinya yang memperbanyakkan susu ibu
  • Merawat masalah pundi kencing
  • Merawat masalah gastrik dan gangguan hati
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
  • Membantu merawat lain-lain masalah kesihatan seperti alahan, gout, nafas berbau, arthritis, masalah kolon, hernia hayfever, bau badan, ulser dan sinus.
 
KEISTIMEWAAN ALFALFA SHAKLEE
  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit birit
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrisi dalam pemakanan.
 
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini


Sebarang Pertanyaan & Konsultasi:
Pengedar Shaklee Penang
 

Sunday, 18 May 2014

Fungsi dan Kebaikan Ostematrix Shaklee

10 Fungsi dan Kebaikan Ostematrix Shaklee
******************************************************

1. Menguatkan Tulang
Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
 
2. Mencegah Obesiti
Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
 
3. Melindungi Otot Jantung
Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
 
4. Mengelakkan Kanser Kolon
Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
 
5.Mencegah Gejala Pra-Haid (PMS) Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
 
6. Mencegah Batu Karang
Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
 
7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
 
8. Kawalan Tekanan Darah
Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.
 
9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
 
10. Membantu Pengangkutan Nutrien
Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
 
 
Sebarang Pertanyaan & Konsultasi:
Pengedar Shaklee Penang

 

Friday, 16 May 2014

Kek Karamel Chocolate Moist

KEK KARAMEL CHOCOLATE MOIST


Kek Karamel Chocolate Moist
Bahan-bahan Kek Karamel Chocolate Moist


BAHAN KARAMEL:
BAHAN A
-2sb gula pasir

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur ke dalam loyang.

STEP 2:
Buka dapur gas dengan api perlahan dan masak gula sehingga cair dan kekuningan. AWAS jangan sampai hangit. Kang pahit rasa gula hangus terbakar tu. Dah siap ketepikan. Abaikan gula yang akan mengeras pada loyang
* ratakan gula yang dah cair pada loyang tu supaya nanti bila kek yg dah siap bakar tak melekat dan mudah nak dikeluarkan dr loyang.


BAHAN B
-1/2 tin susu cair
-70gm gula kastor
-1/2 sudu kecil esen vanila
-3 biji kuning telur
*kalau nak karamelnye jadi tebal boleh tambahkan susu cair dan kuning telur.
STEP 3:
Satukan bahan-bahan di atas ke dalam satu bekas dan kacau perlahan dengan menggunakan whisk atau garpu. Dah sebati tapiskan ke dlm loyang gula hangus tadi.
STEP 4:
Bakar karamel secara "STEAM BAKE" pd suhu 180'c selama 15min.
*boleh guna kaedah kukus. Kukus sehingga masak dalam anggaran masa 30minit.
 
***********************************************************************
(Antara resepi untuk dapat karemal tebal dari ANNA QAWINA . Saya pernah guna sukatan ni untuk buat puding karamel. So boleh pilih resepi mana satu untuk dapatkan karamel tebal)
BAHAN KARAMEL:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ letak 1/2 cawan pn ok
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur ~ guna 2 bj kuning telur pn boleh
2 biji telur (putih & kuning) ~ guna 3 biji (putih & kuning) pn boleh
 
***********************************************************************

sementara tunggu karamel masak,siapkan bahan untuk KEK CHOCOLATE MOIST.

BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST:

BAHAN A
-1 cawan serbuk koko ~ guna 1/2 cawan serbuk koko
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat
-1/2 cawan gula kastor
-1 cawan minyak masak

STEP 5:
Satukan semua bahan A di atas ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak di atas dapur gas dengan api yang perlahan. Kacau hingga sebati dan kalau boleh jangan bg berketul-ketul adunan tu. Dah ok, padamkan api dan biarkan sekejap.

BAHAN B
3/4cawan tepung gandum ~ (sy guna 1 cawan)
1 sudu kecil soda bikarbonat ~ (ada org letak secubit jer)
1 sudu kecil baking powder

STEP 6:
Satukan semua bahan B di atas dan di ayak.

BAHAN C
4 biji telur ~ (sy guna 3 bj telur + 2 putih dari lebihan puding karamel)

STEP 7:
Pukul telur dengan whisk atau blend ~ (sy blend je cepat & mudah)

STEP 8:
Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk. Dah rasa sebati tuangkan adunan tu ke dalam loyang berisi karamel tadi.

STEP 9:
Bakar kek berserta karamel tadi secara "STEAM BAKE" pd suhu 180'c selama sejam atau sehingga masak. Dah masak, keluar dan biarkan kek sejuk atau hingga kek nampak merenggang dari loyang. Kemudian baru boleh keluarkan kek daripada loyang dengan menterbalikkan kek ke dalam bekas lain. Masukkan kek ke dalam peti sejuk untuk di sejukkan. Sebab Kek Karamel Chocolate Moist ni sedap dimakan sejuk-sejuk.
*suhu dan masa ikut kesesuaian oven masing-masing...ada yang guna suhu 160'c


Kek Karamel Chocolate Moist
Kek Karamel Chocolate Moist



STEP 10:
Potong cantik-cantik dan sedia dihidangkan.(Jangan lupa ambik gambar utk kenang-kenangan bersama 1st Karamel Chocolate Moist Cake anda)

Kek Karamel Chocolate Moist
Walaupun rupa tak cantik, rasanya tetap menjilat jari.
SELAMAT MENCUBA!!!