Tuesday, 22 July 2014

Resepi Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies

Resepi Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies
Bahan Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies
Bahan Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies
1.Tepung Florentine 2.Badam Flakes 3.Bijan Putih 4.Badam Stripe 5.Kuaci 6.Biji Labu
Bahan-bahan:
 
Tepung FLORENTINE - 500gm
Almond Flakes - 250gm
Almond Stripe - 250gm
Sunflower Seed (Kuaci) - 250gm
Pumpkin Seed (Biji Labu) - 250gm
White Sesame (Bijan Putih) - 100gm
 
***************************************************
Cara Buat:
1. Satukan semua kekacang di atas di dalam satu bekas dan ratakan ksemuanya. Campuran semua kekacang +- 1kg.
*500gm tepung Florentine utk 1kg kekacang
 
2. Ambik sebahagian kekacang yang akan dibakar terlebih dahulu dan gaul rata dengan sedikit tepung Florentine.
*jangan gaul semua sebab tepung Florentine cepat mengeras. So bila nak bakar baru gaul kekacang dengan sedikit tepung Florentine
 
2. Sediakan loyang 4 segi beserta Baking Paper yang di lapik di bawah dipermukaannya.
 
3. Sambil-sambil tu panaskan oven.
 
4. Tabur tepung Florentine di atas Baking Paper dipermukaan loyang.
*Pastikan tepung Florentine memenuhi setiap ruang supaya tapak kekacang cantik dan kukuh.
 
5. Masukkan kekacang di atas permukaan tepung Florentine tadi dan pastikan memenuhi ruang juga.
*Anggaran ketebalan kekacang adalah 0.5cm dr permukaan loyang.
 
6. Tabur sekali lagi tepung Florentine di atas kekacang tadi. Pastikan ia menutupi semua kekacang tersebut.
 
7. Bakar adunan kekacang beserta tepung Florentine di dalam oven selama 10minit pada suhu 160°.
*suhu bergantung pada jenis oven. Kalau kekacang bertukar menjadi sidikit perang dah boleh keluarkn dr oven.
 
8. Potong kekacang yg bersalut tepung Florentine di dalam loyang kepada bentuk segi empat.
*Pastikan kekacang dipotong ketika panas2. Seeloknya dipotong sejurus ianya di keluarkan daripada oven. Sebab tepung Florentine yang dah cair lepas dibakar cepat beku / mengeras. Kalau dah keras susah nak potong dan kekacang akan hancur.
 

Step buat  Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies
Step buat Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies
1.Satukan semua kekacang. 2.Masukkan dalam loyang. 3.Bakar 4.Potong

***************************************************
 

Sebenarnya senang sangat nak buat Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies ni. Just gaul-gaul then bakar. Lepas bahar potong bagi jadi segi empat. So sesapa ponboleh try buat. Bahan lak boleh beli kat kedai bahan-bahan kuih. Minta je semua bahan untuk buat Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies. Ada sesetengah kedai ni dah tolong mix kan kekacang-kekacang tu. So kita balik gaul dengan tepung Florentine sikit pastu masuk loyang. Kos bahan memang agak mahal tapi berbaloi sebab dapat banyak gak. Kalau nak beli mau nya satu balang RM25-RM35. So lebih baik buat sendiri yer...


Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies
Hasil Krunchy Karamel Almond / FLORENTINE Cookies

Tonik Ajaib Shaklee Pelbagai Kegunaan-VIVIX

Tonik Ajaib Shaklee Pelbagai Kegunaan-VIVIX

Vivix Shaklee pelbagai kegunaan

Vivix membantu atau mengawal dalam masalah:
♥Strok
♥Anti Penuaan ( Awet Muda dan Kulit Tegang Berseri)
♥Diabetes
♥Darah Tinggi
♥Kanser
♥Tibi
♥Jangkitan Paru-paru
♥Asma dan Alergi
♥Sakit Jantung
♥Nak berhenti Merokok

Apa kandungan Vivix?
Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti dalam kajian saintifik oleh Shaklee boleh memperbaiki sel-sel yang rosak. Resveratoral juga bertindak dalam melawan penuaan sel.

Berapakah harga sebotol Vivix?
Harga sebotol ialah RM475 (harga retail). Nampak mahal tapi sangat berbaloi kerana  sehari cuma perlu ambik 1 sudu teh sahaja. Sebotol tahan sebulan.

Bagaimana cara membeli Vivix dengan harga penjimatan?
Nak harga super duper murah dengan penjimatan sehingga 25% kena la daftar sebagai ahli. Yuran keahlian serendah RM75 seumur hidup. Dah daftar ahli confirm berbaloi-baloi untuk beli sebarang produk Shaklee yang lain.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri mahupun menjana pendapatan tambahan, anda juga boleh menghubungi saya. Saya juga sediakan tips dan panduan pemakanan bagi setiap vitamin yang anda beli. Bagi yang ingin menjana pendapatan, saya akan bantu anda. Kita akan sama-sama menuai hasil di ladang yang terbentang luas yang Shaklee sediakan. Jom sama-sama sertai saya sabagai Pengedar Sah Shaklee Penang dan seluruh Negeri di Malaysia.

JANGAN MALU JANGAN SEGAN untuk menghubungi saya.
Anda boleh call / sms / whatsApp saya ye.

Sebarang Pertanyaan & Tempahan Hubungi:
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Sah Shaklee Penang

Saturday, 19 July 2014

Ammar Muqrish Mangsa JE di Pulau Pinang

Ammar Muqrish Mangsa JE di Pulau Pinang.

Sayu hati saya bila mengingatkan anak buah yang seorang ni. Dulu bukan main cot cet cot cet mulut dia. Muka tu pula senyum memanjang. Memang muka buat orang jatuh hati lah. Kini semua tu telah hilang dalam sekelip mata. Hanya kuasa Allah sahaja dapat mengembalikan keceriaan itu smula. Insan lincah dan periang yang saya maksudkan ini adalah adik Muhammad Ammar Muqrish bin Zulkifli. Beliau merupakan pelajar tahun 6 yang disahkan terkena virus JE yang kecoh satu Malaysia baru-baru ni.

Ammar Muqrish Mangsa JE di Pulau Pinang
Kenangan di Toy Muzeum
Adik Muhammad Ammar Muqrish  merupakan anak sulung kepada sepupu saya (Haniza Ayob), cucu sulung Mak Dak saya dan anak saudara sulung kepada sepupu-sepupu saya. Bayangkan bertapa rapat, penting dan sayangnya mereka semua kepada insan yang bernama Muhammad Ammar Muqrish.

Ammar seorang kanak-kanak periang, ramah dan murah senyuman. Seorang abang yang mampu menjaga 4 orang adik-adik sepeninggalan kedua ibuayahnya ke tempat kerja. Beliau juga rajin membantu ibu dan ayah di rumah dan dikategorikan sangat ringan tulang oleh ibu beliau.

Ammar Muqrish Mangsa JE di Pulau Pinang
Ammar bersama adik-adiknya
Kini insan kerdil ini terlantar mengharungi kesakitan demi sebuah NYAWA. Kanak2 yang dulunya murah senyuman kini hanya mampu memberi riak kesakitan. Kanak2 yang dulu ramah dengan suara serak-serak basah dan celotehnya pada saya memang mencuit hati tapi kini terbaring kaku tanpa mampu berbicara. Kanak-kanak yang dulu bagaikan ABANG LONG buat adik-adiknya tapi kini hanya mampu melihat keriuhan adik-adiknya tanpa sebarang reaksi. Sesungguhnya banyak sangat kelakuannya yang dirindui setiap ahli keluarga. Saya pasti begitu juga sahabat handai, rakan-rakan sekolah dan guru-guru Ammar.

Dua minggu lepas, semasa saya melawat Ammar di Hospital Pantai Penang, saya berkesempatan berjumpa dengan dua orang guru Ammar. Salah seorang daripada guru Ammar tu merupakan bekas housemate saya 3-4 tahun lepas, Teacher Jihan. Teacher Jihan ngajar Ammar tahun 1, 3 dan 5. Untuk tahun ni dia tak ajar Ammar. Tapi memori dia bersama Ammar memang buat dia senyum walaupun adakalanya geram dengan keletah Ammar. Teacher Jihan cakap Ammar pelajar bijak dan periang. Lagi sorang cikgu Ammar nama Cikgu Salwa. Saya tak ingat subjek apa dia ajar Ammar tahun ni. Tapi dia memang mengajar kelas Ammar. Cikgu Salwa menyifatkan Ammar ni seorang pelajar yang nakal sebab suka menyakat kawan-kawan termasuk cikgu Salwa sendiri. Tapi yang paling cikgu Salwa puji Ammar seorang pelajar beliau yang paling beradap dan tidak pernah kurang ajar. Cikgu Salwa sangat-sangat rindukan Ammar di dalam kelas beliau. Beliau merasakan kosong dan sunyi kelas Tahun 6 tanpa Ammar. Kawan-kawan Ammar juga hilang kecerian katanya. Kalau dulu memang suara diaoranglah yang menyambut kehadiran dia ke kelas dan suara riuh diaorang juga lah yang mengiringi beliau ketika meninggalkan kelas.

Ada kawan-kawan saya yang bertanyakan 'life' Ammar sewaktu sihatnya, saya hanya mampu gambarkan dengan tiga perkataan : PERAMAH , PERIANG & PELAWAK. Selebihnya dia seperti kanak-kanak 12 tahun yang lain. Kini setelah disahkan beliau menjadi mangsa Virus JE, segala-galanya berubah. Pada pandangan saya bukan setakat 90°, malah 720° kehidupan normal Ammar sama sekali berubah.

Di semperna bulan baik Ramadhan Al Mubarak yang berbaki 10hari je lagi ni, saya mohon jasa baik anda semua untuk sama-sama membantu ibu bapa Ammar dalam meringankan bebanan kewangan mereka dalam meneruskan rawatan Ammar yang belum pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk penyembuhan Ammar. Anda juga boleh terus titipkan doa buat peningkatan kesihatan Adik Ammar agar dapat menjalani kehidupan yang normalkembali. Segala sumbangan dan doa kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.

Ammar Muqrish Mangsa JE di Pulau Pinang
Sebarang derma dan bantuan kewangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank ibu dan ayah adik Ammar. Anda juga boleh hubungi ibu bapa Ammar untuk sebarang pertanyaan berkaitan Adik Ammar.

Wednesday, 9 July 2014

Resepi Ayam Goreng Bercili

Resepi Ayam Goreng Bercili

Ayam Goreng Bercili
Ayam Goreng Bercili
Bahan untuk ayam:
1/2 ekor Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu kecil  Garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara buat:
1. Potong ayam ikut kesesuaian dan bersihkan.
2. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam
3. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
*saya suka ayam yang digoreng garing2.

Bahan untuk Sambal Cili:
10-20 biji Cili Kering (ikut citarasa kepedasan)
1 inci Halia
2 ulas Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
2 batang Serai (boleh diblend atau dititik sahaja)
3 biji buah tomato (blend dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tomato atau sos cili
1 1/2 cawan Susu Cair
Garam & Gula secukup rada
Daun Sup (tabur sebagai hiasan)
Minyak masak secukupnya

Cara buat:
1. Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang diblend tadi  sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan tomato yang diblend dengan sedikit air dan susu cair kemudian kacau.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
5. Apabila kuah menjadi pekat dan bersesuaian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
6. Kacau dan gaul sehingga sebati kemudian padamkan api.
7. Taburkan dengan daun sup ketika menghidang.

Ayam Goreng Bercili sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan nasi putih biasa...Selamat mencuba....

Tuesday, 8 July 2014

Resepi Acar Timun

Resepi Acar Timun

Bahan-bahan:

▶ 1 biji Timun → (potong memanjang)
▶ 1 batang Karot → (potong memanjang)
▶ 1 ulas Bawang Besar → (potong bulat nipis2)
▶ 1 biji cili besar → (potong menyerong nipis2)
▶ 2-3 sudu besar Gula
▶ 1 sudu teh Garam
▶ 4-5 sudu besar cuka makan
*(jika tak suka cuka boleh guna perahan jus limau nipis 1/2 cawan)
*sukatan gula, garam & cuka ikut citarasa anda. Sambil buat sambil rasa.

Cara Buat:

1. Potong timun, karot, bawang besar dan cili besar.
2. Satukan semua bahan.
3. Masukkan gula, garam dan cuka kedalam bahan yang telah disatukan mengikut kesesuaian rasa anda.
4. Gaul dan sebatikan kesemua bahan.
5. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk  selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
*Boleh dimakan bersama nasi tomato, dalca dan ayam masak merah.

Resepi Acar Timun
Acar Timun

Mudah je kan nak buat acar timun ni kan. Sebelum ni pon saya memang tak pernah cuba buat. Makan memang selalu la. Tapi bila dah kawin kena la belajar buat semua ni. Kira 'try and error' la diperingkat permulaan. Tapi Alhamdulillah setakat ni menjadi dan tak fail la lagi. Selamat mencuba buat kawan-kawan yang ketandusan idea nak masak apa tu kan...

Friday, 4 July 2014

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada harini. Beliau yang lahir pada 1953 meninggal sempena bulan mulia Ramadhan Al Mubarak. Pada pagi 7 Ramadhan 1435H, negara kita dikejutkan dengan berita kembalinya ke Rahmatullah Biduanita negara ini, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dipanggil Kak Pah.

Sharifah Aini meninggal dunia
Berita kematian Sharifah Aini yang dikongsi melalui tweeter Astro Awani

Bagaikan mengetahui perjalanan kesakitan beliau, sebelum ini beliau ada meninggalkan pesanan melalui akaun FB beliau. Melalui siaran langsung di rancangn Hlive, pengaca meminta saudara Allahyarhamah membaca masej yang ditinggalkan tersebut. Mengalir air mata saudara beliau ketika membaca masej tersebut. Pesanan yang memang meruntun jiwa setiap yang membacanya setelah pemergian Allahyarhamah.

Sharifah Aini meninggal dunia
Pesanan Terakhir Sharifah Aini di FB

Sesungguhnya dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Bertuahnya Allahyarhammah Kak Pah dijemput bertemua Maha Pencipta di bulan yang mulia. Beliau memang insan terpilih. Takziah buat keluarga Allahyarhamah Sharifah Aini dan Al Fatihah buat Allahyarhamah. Semoga beliau di tempatkan dikalangam orang-oeang beriman.
Sharifah Aini meninggal dunia
Allahyarhamah Sharifah Aini

Wednesday, 2 July 2014

Adik Muhammad Ammar Muqrish koma disyaki dijangkiti virus JE di Tasek Gelugor Pulau Pinang

Adik Muhammad Ammar Muqrish koma disyaki dijangkiti virus JE di Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Adik MUHAMMAD AMMAR MUQRISH BIN ZULKIFLI anak sulung dari 5 beradik, murid Tahun 6 Sek.Keb.Kampong SelamatTasek Gelugor, yang ba#prayforAmmarl menduduki peperiksaan UPSR tahun 2014 mula mendapat rawatan awal di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang pada 18 Mei 2014. Ketika itu beliau masih dalam keadaan sedar dan boleh berjalan sendiri. Namun atas sebab suhu badan Adik Ammar yang sangat tinggi beliau telah di masukkan ke dalam wad. 3 malam adik Ammar berada di hospital tersebut. Adik Ammar tidak diberi Intravenous Drip (Iv Drip) pada malam kedua. Sebaliknya diberikan suntikan ubat penenang kerana dikatakan meracau. Sedangkan pada ketika itu suhu badan adik Ammar semakin tinggi.Kisah adik ammar ini pernah dikongsikan oleh saudari Lynn (rakan ibubapa Adik Muhammad Ammar Muqrish) https://www.facebook.com/Lynn.Dqisonline?fref=ts#

Hari ketiga adik ammar masih lagi belum sedarkan diri dan terpaksa menjalani Cerebrospinal Fluid (CFS) iaitu pengambilan air tulang belakang, dan diberi jaminan oleh jururawat bahawa 6 jam selepas CFS Adik Ammar akan sedar. Namun adik Ammar masih belum memberikan sebarang tindak balas selepas tempoh waktu itu. Adik Ammar hanya kaku dan tidak bergerak di atas katil. Doktor memaklumkan yang  adik Ammar memerlukan Ventilator untuk membantu beliau bernafas ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri. Namun yang demikian, pihak Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang sudah kehabisan peralatan tersebut.

Waris adik Ammar meminta doktor memindahkan Adik Ammar dengan segera ke hospital kerajaan lain sekitar Pulau Pinang kerana keadaanya kesihatannya yang semakin kritikal. Hampir berjam-jam menunggu bantuan, ianya menghampakan perasaan kedua ibubapa pesakit apabila doktor memaklumkan yang  ketiadaan peralatan. Manakala bilik CCU (Critical Care Unit) dan ICU (Incentive Care Unit) di Hospital Besar Pulau Pinang (GH Penang) tiada kekosongan. Mereka memaklumkan bahawa peralatan tersebut hanya terdapat di Hospital Temerloh, Pahang dan Hospital Johor Bahru, Johor sahaja.

Lebih menyedihkan apabila ada sindiran daripada salah seorang doktor perempuan yang bertugas pada ketika itu....

 .........“kak kena beli tiket fight la kalau nak bawa anak ke sana”,

Agaknya apa perasaan doctor tersebut pada ketika itu. Tanpa rasa simpati terhadap seorang ibu yang sedang buntu melihat anak kesayangan yang tidak sedarkan diri di atas katil setelah hampir 12 jam.

Sedih memikirkan keadaan anak mereka yang semakin kriktikal dan masa yang semakin suntuk, mereka bertekad untuk memindahkan adik Ammar ke hospital swasta meskipun tahu tanggungan kos rawatan menjadi masalah pada ketika itu kerana kedua ibubapa adik Ammar hanyalah pekerja industri perkilangan di Perai dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Setelah menelefon pelbagai pihak hospital swasta, dengan izinNya Hospital Pantai Penang(HPP) bersetuju menerima kes adik Ammar dengan kos pendaftaran sebanyak RM 10,000. Untuk makluman, adik Ammar dibiarkan begitu sahaja oleh jururawat dan doktor fi Hospital Kepala Batas selepas mendapat tahu adik Ammar bakal dimindahan ke Hospital Pantai, Pulau Pinang.

Setiba di Hospital Pantai Penang pada 21 Mei 2014, adik Ammar dimaklumkan oleh doktor yang merawat beliau bahawa keadaan adik Ammar sangat dehidrasi(kekeringan air di dalam badan). Tindakan segera oleh pihak Hospital Pantai Penang telah diambil bagi membantu memulihkan adik Ammar. Dan beliau perlu menjalani CFS (pengambilan air tulang belakang) untuk kali kedua setelah sampel CFS yang dibuat oleh pihak Hospital Kepala Batas tidak boleh diguna pakai. Sampel CFS itu rosak kerana telah air tulang belakang tersebut telah bercampur dengan darah. Adik Ammar juga menjalani Magnetic Resonance Imaging (MRI) sebanyak 2 kali dan ianya disahkan mendapat jangkitan virus Meningitis (jangkitan kuman pada selaput sekililing otak dan urat saraf tunjang). Ketika ini adik Ammar dalam keadaan koma dan ditempatkan di CCU Hospital Pantai Penang.

Dari hari ke hari setelah hampir 3 minggu di CCU dan seminggu diwad biasa selepas mendapat rawatan yang terbaik dari pihak Hospital Pantai Penang, adik Ammar telah dibenarkan pulang pada 17 Jun 2014. Kos keseluruhan sepanjang menerima rawatan di Hospital Pantai Penang adalah RM87,636. Adik Ammar turut mendapat perhatian dan  kerjasama hasil bantuan dari orang ramai, pihak sekolah dan juga Pusat Urus Zakat (PUZ).

Tidak terhenti disitu,  pada 26 Jun 2014 adik Ammar dibawa oleh kedua ibubapanya kembali ke hospital untuk mendapat rawatan susulan. Tetapi doktor mendapati adik Ammar mengeletar seluruh badan beserta demam dengan suhu badan melebihi 38°celcius, dan doktor terpaksa memasukkan kembali adik Ammar ke dalam wad HPP. Keadaan semakin semakin serius dan adik Ammar dimasukkan kembali ke ICU pada 27 Jun 2014.

Setelah mendapat keputusan ujian sampel darah yang diambil pada hari pertama adik Ammar dimasukkan ke Hospital Pantai Penang, adik Ammar disahkan dijangkiti virus Japanese Encephalitis IgM (JE)  iaitu gigitan nyamuk yang disebarkan oleh virus khinzir.

Kes adik Muhammad Ammar Muqrish telah mendapat liputan meluas oleh media cetak dan media eletronik di seluruh negara setelah sekian lama virus JE atau Virus Nipah ini tiada kes yang dilaporkan kepada media dan umum.

http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Jabatan_Kesihatan_Negeri_Akan_Ambil_Tindakan_Lanjut.html#.U7OaLJSSxiI. http://bit.ly/VC0Jd2

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=900664316615417&id=131360500212473

http%3A%2F%2Fwww.tv3.com.my%2Fberitatv3%2Fberita_terkini%2F20_Pusat_Ternakan_Babi_Di_Kampung_Selamat_Diperiksa.html

http%3A%2F%2Fwww.tv9.com.my%2Fberitatv9%2Ftajuk_utama%2FMuhammad_Ammar_Separa_Sedar.html#.U7TLZZSSxiI

Luluh hati kedua ibubapa mendengar berita itu kerana mengenangkan persekitaran sekolah adik Ammar yang berdekatan dengan kawasan penternakkan khinzir, kini mereka buntu memikirkan masa depan adik Ammar yang belum pasti disamping kos perubatan yang semakin meningkat, mereka bertungkus lumus bekerja untuk membiayai kos perubatan anaknya yang kini mengerang bertarung nyawa untuk hidup kerana mereka bukanlah dari keluarga yang mewah dan berada.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru dan ingin mengajak mana-mana pihak yang bertanggungjawab samada agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan kebajikan mahupun orang ramai, sudilah kiranya kita menghulurkan bantuan bagi  meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kedua ibubapa adik Ammar bagi membiayai kos perubatan dan rawatan susulan untuk Adik Ammar.

Menjadi harapan agar sumbangan ini dapat membantu pemulihan adik Muhammad Ammar Muqrish yang memerlukan rawatan rapi di CCU (Critical Care Unit) dan saya juga memohon jasa baik kalian agar dapat mendoakan kesihatan Adik Amar kembali pulih. Doa kalian amatlah diharapkan agar beliau mampu kembali sihat dan pulih seperti sediakala seperti kanak-kanak lain dan berupaya menduduki UPSR pada tahun ini serta menjalani kehidupan normal disamping keluarga tersayang tambahan ketika umat Islam menjalani ibadat puasa dan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Amin

#pray4adikammar
Kepada yang ingin menderma, anda boleh menghubungi ibu atau ayah adik Ammar seperti maklumat yang tertera di atas untuk mendapatkan pengesahan atau sebarang pertanyaan.Sumbangan kalian hanya Allah SWT yang membalasnya.

#p

Tuesday, 1 July 2014

Promosi Shaklee Julai 2014 - Tonik Ajaib VIVIX

PROMOSI SHAKLEE JULAI 2014!!!
Tonik Ajaib daripada Shaklee
♥♥♥ VIVIX ♥♥♥

Siapa Yang Perlukan VIVIX?
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

♡Pesakit SLE   ♡Cyst    ♡Pesakit Jantung
♡Mereka yang berisiko terkena Penyakit Kanser akibat keturunan 
♡Diabetis   ♡Strok   ♡Darah Tinggi
♡Bantu baik pulih masalah ketagihan ROKOK
♡Mempunyai Masalah MATA
♡Membantu mengurangkan insiden NYANYUK
♡Lelaki & Wanita yang ingin meningkatkan taraf kesihatan dang mengurangkan kadar kesakitan apa-apa jenis penyakit

Vivix Shaklee
Promosi VIVIK Shaklee sepanjang Julai 2014

Kelebihan beli Promosi bulan ni:
→Beli 6 botol Vivix PERCUMA 1 botol  Vivix
→Diskaun 10%
→Percuma KEAHLIAN  SHAKLEE seumur hidup
→BONUS TUNAI RM240++

Antara Kelebihan Menjadi Ahli SHAKLEE:
→Boleh jana pendapatan dengan Perniagaan Shaklee
→Menerima BONUS jualan setiap 15bh sekiranya layak bernilai 2, 3, 4 @ 5 angka bergantung kepada hasil usaha.
→Berpeluang mendapat BONUS kenaikan pangkat.
→Berpeluang mendapat BONUS KERETA
→Berpeluang mendapat PAKEJ UMRAH VVIP atau PERCUTIAN 5☆ di dalam dan luar Negara


Sekiranya anda berminatuntuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri mahupun menjana pendapatan tambahan, anda juga boleh menghubungi saya. Saya juga sediakan tips dan panduan pemakanan bagi setiap vitamin yang anda beli. Bagi yang ingin menjana pendapatan, saya akan bantu anda. Kita akan sama-sama menuai hasil di ladang yang terbentang luas yang Shaklee sediakan. Jom sama-sama sertai saya sabagai Pengedar Sah Shaklee Penang dan seluruh Negeri di Malaysia.

JANGAN MALU JANGAN SEGAN untuk menghubungi saya.
Anda boleh call / sms / whatsApp saya ye.

Sebarang Pertanyaan & Tempahan Hubungi:
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Sah Shaklee Penang