Saturday, 13 September 2014

70 Million Pengguna GLA di Dunia

70 Million Pengguna GLA di Dunia!!!
Ermmm, kalau beberapa minggu lepas Malaysia dikejutkan oleh viral yang mengatakan kesan negatif selepas pengambilan GLA Shaklee, maka minggu ini sekali lagi kejutan berkenaan GLA Shaklee yang telah dibongkarkan.

"More than 70 million doses of GLA have been taken without any reported adverse effects"

Surat Terbuka daripada Shaklee buat cikgu Mary
Surat Terbuka daripada Shaklee Buat Penyebar Viral
70 million???? Biaq betik. Saya ingat ribu-ribu je pengguna GLA Shaklee yang kita sedia maklum banyak kebaikan ni terutamanya untuk kaum HAWA. Rupanya berbillion-billion dah pengguna GLA ni dan paling best tiada satu pon laporan kesan negatif. So kita nak dengar kata yang belas-belas orang atau yang berbillion-billion orang tu? Tepuk dahi tanya diri sendiri.

Saya mula jatuh cinta dengan Shaklee adalah disebabkan GLA Complex. Maka dulu, kini dan selamanya saya tetap bersama GLA. Biarlah orang bercakap negatif berkenaan dengan GLA Shaklee ni, pada pendapat saya penerimaan badan terhadap vitamin ke atas setiap badan manusia memang berbeza. Jika anda tidak melalui proses pemeriksaan kesihatan mengenai masalah kesihatan yang anda lalui, itu adalah satu kesilapan besar yang anda buat. Jangan mengambil apa-apa vitamin @ supplement tanpa mengetahui keadaan semasa tahap kesihatan. Jika hal sedemikian berlaku, bagaimana anda nak tahu keberkesanan ataupun kesan pengambilan vitamin tersebut keatas masalah kesihatan yang anda alami. So kenalpastilah terlebih dahulu selok belok kesihatan atau penyakit anda sebelum nak consume sesuatu ubat, vitamin atau supplement. 

Walau pun beberapa orang cakap yang GLA tak bagus, tapi hakikatnya ke atas 70 million pengguna lain sangatlah supperb. Memang berkesan dan puas hati. Apakah kebaikan dan menariknya tentang GLA Shaklee???

♥Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
♥Meningkatkan kesuburan.
♥Melegakan PMS
♥Membantu dalam menangani menopause.
♥Menguatkan kuku & rambut.
♥Membantu menangani ekzema.
♥Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
♥Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
♥Menguatkn immuniti badan.
♥Mengawal kencing manis
♥Bagus untuk saraf.
♥Sesuai untuk hilangkan jeragat.

GLA Shaklee
GLA Shaklee

Jika anda ingin merasai sendiri kesan terbaik dengan pengambilan  GLA Complex secara konsisten, anda patut CUBA!!! Saya yakin anda akan berpuashati melihat hasilnya.

Berminat nak cube GLA Shaklee???
Pengedar Shaklee Penanti, Pengedar Shaklee Kulim, Pengedar Shaklee Pengkalan Hulu


Friday, 5 September 2014

Vitamin Shaklee yang salah atau anda yang bermasalah?

kebelakangan ini banyak viral di FB mahupun di blog mengambarkan yang negatif-negatif berkenaan dengan Syarikat Shaklee dan juga produk Shaklee. Pendapat saya, sebelum anda nak cakap yang supplement Shaklee bermasalah elok la anda kenalpasti masalah anda sendiri terlebih dahulu. Takut nanti proses healing crisis akan disalahertikan. Krisis penyembuhan memang akan ada dan tindak balas badan juga berbeza-beza.

Jika anda bermasalah kompem akan ada tindak balas semasa consume supplement Shaklee. Mungkin yg sebelum ni tak sakit akan rasa sakit. Yang sebelum ni tak pening mungkin akan rasa pening. Tapi itu normal kalau nak lalui proses penyembuhan. Sepatutnya anda bersedia dengan tindak balas produk ke atas masalah kesihatan anda. Janganlah cepat menghukum atas setiap kesakitan yang anda alami puncanya daripada supplement yang anda ambil. Adilkah begitu?

Lagi satu jangan la nak claim yang SID tau jual & tau kebaikan produk je. Tak semua SID yg mcm tu. Ramai SID yg jual supplement Shaklee dengan ada asas ilmu & pengetahuan produk. Shaklee sediakan kelas produk dan sebagainya ok. Tak cukup dengan kelas yang di sediakan syarikat, banyak juga kelas dan seminar yang diadakan oleh Group Leader SID dari semasa ke semasa untuk topup ilmu pengetahuan SID di bawah team mereka. So jangan nak claim smua SID sama. Anda la yang kena buat pilihan bijak untuk memilih SID.

Tak dinafikan ada juga SID yg menangguk di air keruh. Kelas tak pernah pergi. Google pasal penyakit, kesan sampingan, simptom ke apa pon tak pernah. Hanya ambik cerita dan bergantung pada penerangan orang yg tak dak ilmu juga, maka tercipta la seorang SID yang tak tau apa-apa. Tolong lah, jangan kerana anda seorang yang minority habis semua SID yang majority berilmu ni terpalit.

♥untuk orang yang nak salahkan produk Shaklee♥
Sebenarnya kenyataan2 anda yang nak hentam produk Shaklee ni tak jejaskan kami SID yang bertanggungjawab ni. Cumanya status kurang sopan anda tu sedikit sebanyak menggusarkan pengguna2 produk Shaklee terutamanya yang beli sendiri di branch dan tak refer mana2 SID untuk pencerahan. Kesian kat golongan yang macam ni. Kalau ada yang bertanya tentunya kami2 SID ni akan bagi penerangan & penjelasan.

♥untuk pengguna2 produk Shaklee♥
Jika anda terbaca status2 yang meragukan tentang supplement Shaklee atau mana2 supplement Shaklee yang anda sedang consume, saya mohon anda refer lah SID yang anda beli atau mana2 SID yang anda rasa selesa untuk dapatkan pencerahan. Jangan cepat melatah. Sayang kalau anda dah melabur ratusan ringgit untuk kesihatan anda, tapi anda tak habiskan supplement tu atas faktor dengar cakap orang yang tak sepatutnya mahupon atas alasan 'ada terbaca kat status FB seseorg ni....' Jangan rugi disebabkan perkara-perkara macamni.

♥untuk yang bergelar SID♥
Jadilah seorang penjual yang bertanggungjawab. Kenali setiap vitamin. Pastikan tahap kesihatan custemer bila nak suggest apa2 vitamin. Pergi kelas yang syarikat dah sediakan. Topup ilmu dan rajin membaca di blog2 SID yang dah berpuluh tahun jual Shaklee. Sebab banyak testimoni dan pengetahuan pasal produk ada disitu.

Sesungguhnya sakit itu datangnya dari Allah dan sembuhnya juga dengan kehendak & kuasa Allah. Apa2 ubat & vitamin hanyalah salah satu ikhtiar kita untuk sembuhkan penyakit, kurangkang kesakitan & tambah baik tahap kesihatan.

Wallahua'lam...

Vitamin Shaklee pilihan terbaik untuk semua
 Vitamin Shaklee pilihan terbaik untuk semua
#PengedarShakleePenang
#PengedarShakleePulauPinang
#PengedarShakleePenanti
#PengedarShakleeKulim
#PengedarShakleePengkalanHulu

Wednesday, 3 September 2014

Majlis Aqiqah Aisy 31 Ogos 2014

Majlis Aqiqah Aisy pada 31 Ogos 2014 sempena cuti Merdeka. Opah beria-ria nak buat majlis aqiqah MUHAMMAD AISY ZULKARNAI BIN MUHAMMAD ZULKIFLI. Katanya dah berhajat. So kalau dah berhajat kena la buat. Maka tumbanglah seekor kambing seperti yang disyariatkan.



Untung jadi cucu opah ngan wan sebab Aisy juga dapat naik buai untuk berzanji dan selawat dua kali. First round berendoi ngan team Opah. Second round ngan team wan lak. Dulu kakak Aina pon macam ni gak.

Kumpulan Baca Yassin Kampung Selarung
Opah excited nak jemput geng baca Yassin opah sebenarnya. Almaklumlah rumah opah lama dah tak buat kenduri kendara dan majlis tahlil. Last buat pon time kenduri kahwin bapa Aisy. Sebab tu la opah planning awal-awal lagi nak buat majlis aqiqah Aisy ni.

So Aisy Zulkarnain dah selamat berAqiqah di usia 2 bulan 25 hari. Selesai salah satu tanggungjawab ibu ayah Aisy. Kat bawah tu ada la beberapa keping gambar yang sempat  saya snap sebagai kenangan buat Aisy nanti.



Doa ibu dan ayah long semoga Aisy membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna buat agama Islam.

Kakak Aina, ibu & Aisy(dalam buai)

Sedikit info berkaitan Aqiqah.

APA ITU AQIQAH?
Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN AQIQAH
Melakukan aqiqah hukumnya sunnat mu’akkad bagi ibu bapa atau penjaga yang menanggung sara hidup bayi tersebut. Jika bayi itu adalah lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing bagi yang mampu. Jika tidak mampu memadai dengan seekor kambing sahaja. Manakala jika bayi itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang peliharaan yang lain seperti lembu, kerbau atau unta juga boleh digunakan untuk tujuan aqiqah. Ianya akan dibahagikan kepada tujuh bahagian atau tujuh orang.

BILA WAKTU UNTUK MELAKUKAN AQIQAH?
Waktu melakukan Aqiqah adalah dari hari kelahiran bayi sehinggalah dia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan Aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut. Pada hari ketujuh juga bayi akan dicukur rambutnya dan diberi nama oleh ibubapa.