Thursday, 12 February 2015

Cara Solat Jenazah Ghaib

CARA SOLAT JENAZAH GHAIB


Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah S.A.W mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).

Huraian Hadith: 
Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah.

Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah: 

1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat. 

2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh) 

3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan. 

4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.

Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/solat-ghaib

Di bawah disertakan panduan mudah untuk menunaikan solat jenazah ghaib. Lakukan dimana anda berada. Pastikan diri dalam keadaan berwuduk sebelum memulakan solat jenazah Ghaib ini.

Setelah selesai mengambil wuduk dengan sempurna:

1. Niat "sahaja aku solat jenazah lelaki ghaib 4 takbir keran Allah Ta'la"

2. Mengangkat takbir pertama dn membaca surah Al-Fatihah

3. Mengangkat takibr yg ke2 dan membaca SELAWAT

اللهم صلى على محمد وعلى ءال محمد

4. Mengangkat takbir ke3 dan membaca DOA KHUSUS kpd almarhum

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ،

5. Mengangkat takbir yg ke4 dan sunat membaca DOA umum kpda seluruh arwah muslimin dn muslimat

6. Memberi salam.

* sunat membaca doa selps solat jenazah

* bagi muslimat dan muslimin yg tidak sempt/dapat solat berjemaah boleh menunaikan solat jenazah secara sendirian walau dlm rumh atau pejabat.





No comments:

Post a Comment