Friday, 6 February 2015

ZERO juara Maharaja Lawak Mega 2014/2015

Dari ZERO ke HERO

Dari Kerusi Panas MLM 2014 ke Juara MLM 2014


Maharaja Lawak Mega 2014, MLM 2014

Semalam 6 Februari 2015 menyaksikan Kumpulan ZERO menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014. Bukan calang-calang peserta yang layak masuk ke final pada tahun ni. Kesemuanya finalis Maharaja Lawak Mega tahun ni merupakan finalis untuk tahun-tahun lepas juga kecuali Kumpulan Trio adik beradik, ZERO.

Kumpulan ZERO, MLM 2014, Maharaja Lawak Mega 2014

Tapi nampaknya rupa paras, glamor dan pengalaman bukanlah faktor yang menjadi penentu kejayaan dalam program realiti lawak ni. Sesungguhnya bakat, kreativiti dan kualiti lawak itu sendiri adalah faktor penentu kejayaan. Tahniah untuk Kumpulan Zero.

Kumpulan ZERO, MLM 2014, Maharaja Lawak Mega 2014

Untuk MLM 2014 ni, saya tak pernah ketinggalan menyaksikan pelawak-pelawak ini mempersembahkan lawak mereka setiap minggu. Ya, memang saya akui kumpulan ZERO antara kumpulan yang konsisten mempertaruhkan lawak mereka. Kelemahan dan kekurangan dalam berbahasa dan loghat mereka yang kadang-kadang susah kita nak paham bukan penghalang buat kumpulan Trio adik beradik ini mencuba nasib. Saya rasa setiap tema yang diberi dapat disempurnakan dengan baik walaupon ada masa mereka nampaknya kurang mendapat sorakan dari penonton.

Kumpulan ZERO, MLM 2014, Maharaja Lawak Mega 2014

Jom kita berkenalan dengan 3 orang adik-beradik ini iaitu Syaiful(25), Sharif(23) dan Atu(21). Baca juga petikan kisah hidup mereka yang boleh membuatkan air mata kita bergenang...


BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014

SYAIFUL (Melati)
Nama: Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal: Kudat, Sabah
Umur: 25 tahun
Bakat lain: Menyanyi, berlakon, aksi dan bermain alat muzik
Kerjaya: Buruh kasar & nelayan

SHARIF
Nama: Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal: Kudat, Sabah
Umur: 23 tahun
Bakat lain: Menyanyi, berlakon, aksi dan bermain alat muzik
Kerjaya: Buruh kasar & nelayan

ATU
Nama: Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal: Kudat, Sabah
Umur: 21 tahun
Bakat lain: Menyanyi, berlakon, aksi & bermain alat muzik
Kerjaya: Buruh kasar & nelayan

Kisah hidup ahli kumpulan ZERO, MLM 2014, Maharaja Lawak Mega 2014
Kisah hidup ahli kumpulan ZERO
Dengan kemenangan dalam MLM 2014 semalam, ZERO telah mendapat hadiah kemenangan sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan ASTRO. Syaiful juga ada memberitahu yang dia akan menamatkan zaman bujangnya selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari 2015. So boleh la buat duit belanja dengan kemenagan semalam. 

Kumpulan ZERO, MLM 2014, Maharaja Lawak Mega 2014
Kumpulan ZERO Juara Maharaja Lawak Mega 2014 


KEPUTUSAN PENUH PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA 2014
Keputusan Pemenang Maharaja Lawak Mega 2014

Tahniah sekali lagi buat kumpulan ZERO yang menjuarai MLM 2014 dan semua peserta finalis Maharaja Lawak Mega 2014 yang berjaya memenangi tempat ke-2 hingga ke-5.

No comments:

Post a Comment