Tuesday, 24 March 2015

Resepi : Bubur Kacang Hijau bersama Sagu

Resepi : Bubur Kacang Hijau bersama Sagu

Ketandusan idea untuk menu minum petang anda dan keluarga? Apa kata anda masak Bubur Kacang Hijau bersama Sagu. Kat bawah ni resepi hasil percubaan pertama kali saya memasak bubur kacang. Tak sangka la pulak menjadi. En.Suami dan adik kesayangan saya makan dengan berselera sekali. 

Anda yang pertama kali nak buat bubur kacang boleh la cuba resepi mudah saya ni. Boleh olah ikut kreativiti anda. Pastu share la resepi dengan saya pula. Jom layan resepi bubur kacang dari #wanisyerikitchen

Bubur Kacang Hijau bersama Sagu
Bahan-bahan: 

  • 2 cawan kacang hijau 
  • 2 cawan santan pekat (saya beli santan RM2 kat pasar) 
  • 3 sb gula merah
  • 2 sb gula putih (ikut citarasa kemanisan anda)
  • 1 btg kulit kayu manis  
  • 1/2 susu teh garam(sambil2 tu rasa la juga ye) 
  • 2 helai daun pandan 
  • 2-3 sudu sagu 
Cara-cara membuat: 

  1. Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 5 mnt kemudian tutup api.
  2. Kembangkan kacang hijau dalam air selama 1 jam. *(mak saya kata rendam lelama pon tak pe)
  3. Basuh dan bilas kacang hijau yang dikembangkan sehingga bersih.
  4. Masukkan kacang hijau di dalam periuk bersama air untuk direbus. Rebus kacang hijau sehingga empuk. (*sukatan air agak2 melepasi paras kacang dan untuk dijadikan kuah juga)
  5. Bila semua kacang dah pecah dan empuk, masukkan santan, gula merah, gula putih, kulit kayu manis, daun pandan dan garam.
  6. Biarkan kuah mendidih sekejap dan masukkan sagu yang sudah dibersihkan.9
  7. Tambah air jika kuah agak pekat sebab bila dah sejuk kuah akan jadi semakin pekat dan meresap pada kacang.
  8. Boleh masak lama sikit supaya bubur tak mudah basi.
  9. Setelah masak, sejukkan sekejap dan sedia dihidangkan. *jgn tutup periuk bubur yang baru siap dimasak. Biar sejuk sikit dulu baru tutup periuk.


Resepi Bubur Kacang Hijau, Resepi Bubur Kacang, Resepi Bubur Kacang dengan Sagu
Bubur Kacang Hijau bersama Sagu #WanisyeryKitchen