Wednesday, 22 April 2015

Resepi Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah

Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah


Puding Kastard, #wanisyerikitchen, Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah, Resepi Dissert Mudah
Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah #wanisyerikitchen

Resepi : Puding Fruits Cocktail Berkuah

Bahan-bahan Puding Kastard: 

  • 1 cawan tepung custard 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 5 cawan air 
  • Gula (sy letak 2 sb. Tak manis sgt)
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua sekali bahan di atas dan dimasak dengan api yg sederhana.
  2. Pastikan puding sentiasa dikacau supaya tidak berketul-ketul sampai pekat dan likat. 
  3. Setelah pekat dan likat, tutup api dan masukkan puding ke dalam acuan / bekas untuk disejukkan.
  4. Biarkan puding sekejap kat luar bagi hilang panas sebelum masukkan ke dalam peti ais.
  5. Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 20-30 minit. 
  6. Setelah puding sejuk, keluarkan dan potong ikut suka supaya mudah dimakan. 
  7. Hidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya. 

Puding Kastard, #wanisyerikitchen, Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah, Resepi Dissert Mudah
Puding Kastard baru lepas masak


Bahan-bahan Kuah:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
  • 4 sudu besar gula pasir (ikut citarasa kemanisan anda)
  • 1 sudu teh esen vanila (optional)
  • Garam secubit (bagi rasa lemak sikit)                                                          *sy tak gunakan air dr mix fruit cocktail sbb kandungan gula terlampau tinggi. Kalau anda nk guna pon boleh


Cara-cara:

  1. Campurkan susu cair + air + gula pasir + esen vanilla + garam  dan masak diatas api hingga mendidih.
  2. Biarkan sejuk sekejap.
  3. Kemudian sejukkan ke dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru syokkkk.

Bahan-bahan Hiasan: 

  • 1 tin mix fruit cocktail
  • 1 tin Laici / longan (sy tak letak sbb malas nak kluar beli)
  • Sumi / Jelly
  • Nanta de Coco


Cara-cara:

  1. Masukkan mix fruits, sumi / jelly, Nanta de Coco dan puding kastard yang telah dipotong ke dalam kuah yang telah disejukkan tadi.
  2. Kalau kurang sejuk, boleh letak sedikit ketulan ais masa nak makan. *saya masukkan semula puding cocktail yang telah siap di campur ke dalam peti ais bagi betul-betul sejuk sebelum di hidangkan.


Kuah Puding Kastard, #wanisyerikitchen, Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah, Resepi Dissert Mudah
Puding Cocktail yang siap sedia dihidangkan

Ni la resepi Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah versi #wanisyerikitchen. Saya pon try buat hasil resepi dari pakcik Google. Adjust apa yang patut ikut citarasa saya. So sila cuba Puding Kastard Fruits Cocktail Berkuah anda. Ubah la apa yang patut yer.....

No comments:

Post a Comment