Monday, 24 August 2015

Blog dah bersawang.

Almost 4 bulan blog tak berupdet. bukan tak dak cerita yang nak dikongsi. Tapi mod berblog memanjang ke laut semenjak dua menjak ni. Punyalah banyak entry yang separuh siap dalam list draf. Semoga saya berjaya la menyiapkan semuanya.

Bukan blog je bersawang, Facebook pon sama je. Tak brapa nak meriah sangat kebelakangan ni. Seronok duk stalker wall kengkawan je. Wall sendiri sepi tanpa cerita. Sebenarnya semenjak saya banyak muhasabah diri ni, feeling nak share itu dan ini semakin berkurangan. Mungkin saya sendiri tak berapa pasti apa yang saya nak share tu nanti boleh menjadikan ianya sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah, riak, ketidakpuasan hati kengkawan dan sebagainya.

InsyaAllah, bila mod dah kembali kedaratan, saya akan cepat-cepat updet blog supaya blog tak sempat nak naik sawang. Dah terlanjur bersihkan blog harini, meh la tepek gambaq lastday of Syawal bebaru ni...

Last day beraya untuk tahun 2015