Friday, 30 October 2015

Kebaikan Membaca Surah Al-Kahfi di Hari Jumaat

Kebaikan Membaca Surah Al-Kahfi di Hari Jumaat

Kelebihan membaca Al-Kahfi di hari Jumaat
Kelebihan membaca Al-Kahfi di hari Jumaat

Surah Al-Kahfi juga disebut sebagai Ashabul Kahf yang bermaksud 'Penghuni-Penghuni Gua'. Ia merupakan surah golongan Makkiyah iaitu yang diturunkan di Kota Mekkah. Surah Al-Kahfi ini mengandungi 110 ayat daripada surah yang ke-18 di dalam kitab suci Al-Quran. Di dalam ayat ke 9 sehingga ayat ke 26, ianya menceritakan tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain itu terdapat juga beberapa cerita dalam surat ini yang mengandungi pelbagai pengajaran yang sangat berguna untuk kehidupan setiap manusia. 

Surah Al-Kahfi disyariatkan dibaca pada malam atau siang hari Jumaat. Waktu disunnahkan membaca surah Al-Kahfi ini dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat tenggelamnya matahari pada hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi pada waktu disunnahkan merupakan satu amal ibadah khusus yang mempunyai kelebihan, keistimewaan serta mendapat pahala yang besar. Ini semua ada dinyatakan di dalam beberapa dalil shahih yang menyebutkan tentang perintah tersebut dan keutamaannya.

Berikut di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari akhirat kelak.


مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
  • "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR An Nasa'i dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)
  • “Barangsiapa yang membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya dari kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi,” (HR Ahmad)
  • "Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'Atiq." (HR Al-Hakim)
  • “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah(Baitul 'Atiq).” (HR. Ad Darimi)


2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
  • “Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (HR : Ibnu Umar dalam at-Targhib waal-Tarhib)


3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

  • Rasulullah saw bersabda:“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR : Imam Muslim)
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
  • “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنَ الْكَهْفِ لَمْ يَخَفِ الدَّجَّالَ
  • “Barangsiapa membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Darimi)
  • Imam Nawawi berkata: “Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
  • Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah SWT: “Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? ...” (Al-Kahfi: 102)

Begitu banyak sebenarnya kelebihan yang kita perolehi apabila  membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Kebiasaannya kita didedahkan dengan amalan membaca Yaasin di malam Jumaat yang menjadi budaya turun temurun. Hakikatnya yang disyariatkan adalah membaca surah Al-Kahfi. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat mengembalikan apa yang disyariatkan sebagai amalam kita bersama. Semoga amalan kita ini mampu membolehkan kita menghafal surah Al-Kahfi ini sepertimana kita menghafal surah Yaasin.



Sumber : Hasil bacaan dan carian daripada Google.

Sunday, 11 October 2015

Hadits-hadits Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Solat Dhuha

Hadits-hadits Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Solat Dhuha

Doa Dhuha, Doa Solat Dhuha, Solat Dhuha
Doa Solat Dhuha

Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahannya itu keindahanMu, 
kekuatannya itu kekuatanMu,
kekuasaannya itu kekuasaanMu 
dan perlindungannya itu perlindunganMu

Ya Allah, 
jika rezekiku masih di langit turunkanlah, 
dan jika di dalam bumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah
jika haram sucikanlah 
dan jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuhaMu, 
kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepada ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Antara Hadits-hadits Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Solat Dhuha;


1. Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: yang bermaksud:

“Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.”
(Hadits Riwayat ; Imam At-Tirmidzi)


2. Mendapat Istana di Syurga
” Barang siapa (yang mengerjakan) solat Dhuha 12 rakaat, (Nescaya) Allah akan membuatkan baginya istana di Syurga “
(Hadits Riwayat ; Imam At-Tirmidzi dan Abu Majah)


3. Diampunkan dosa oleh Allah SWT dan termasuk dalam golongan Awwabin (Orang yang bertaubat)
” Sesiapapun (Barang siapa) yang melaksanakan solat dhuha dengan berterusan, maka akan diampuni dosanya oleh Allah, walaupun dosanya itu sebanyak buih-buih di lautan “
(Hadits Riwayat ; Imam At-Tirmidzi)


4. Fadhilat mengikut darjat bilangan rakaat.
“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,”
(Hadits Riwayat ; At-Thabarani )



5. Allah SWT mencukupkan baginya segala keperluan.
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam kitab Hadits Qudsi, bahawa Allah SWT. berfirman yang bermaksud ; 

“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.”
(Hadits Riwayat ; Imam Abu Dawud)


6. Wasiat daripada Rasulullah SAW
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”
(Hadits Riwayat ; Bukhari, Muslim dan At-Thabarani)



7. Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
” Dari Zaid bin Arqam RA  Berkata ; ” Rasulullah Muhammad SAW keluar (menuju) ke penduduk Quba serta mereka sedang sholat dhuha “. Beliau pun bersabda, Sholat duha (awwabin) berakhir sampai panas matahari menyengat (pada tengah hari/ siang hari).“
(Hadits Riwayat ; Ahmad Muslim dan Imam At-Tirmidzi)


8. Masuk Syurga melalui pintu Dhuha
Rasulullah bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT.”

(Hadits Riwayat ; At-Thabarani)



Untuk panduan solat DHUHA boleh rujuk di SINI:- 

Tuesday, 6 October 2015

Alas Bedak Keluaran Muslim : MERMAID Flawless Foundation

Alas Bedak Keluaran Muslim : MERMAID Flawless Foundation


MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU. Nampak tak bertapa pentingnya status HALAL dalam kehidupan kita seorang muslim? Tapi sejauh mana kita mampu mendapatkan semua barangan keperluan yang dijamin ketelusan HALALnya? Sebenarnya semua terletak atas kesedaran dan kepekaan kita sendiri. Kalau kita beli barangan buatan orang Islam keraguan terhadap status halal itu sedikit sebanyak akan berkurangan.

OK. Sebenarnya saya masih lagi dalam mod nak kongsi kehebatan foundation ataupun alas bedak yang saya pakai sekarang ni. Orang kata BARANG BAIK wajib di war-warkan kebaikannya untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukannya. Saya yakin masih ramai adik-adik dan kakak-kakak kat luar sana masih tercari-cari FOUNDATION terbaik untuk menatarias wajah kalian saban hari. So apa kata mai la join saya. Kita pakai MERMAID Flawless Foundation. Seriously memang boleh jatuh cinta selepas sekali penggunaan.

Alas Bedak MERMAID FLAWLESS FOUNDATION
Alas Bedak MERMAID FLAWLESS FOUNDATION

Saya bukanlah seorang wanita yang suka Make-Up. Jauh sekali memiliki peralatan dan kelengkap Make-Up. Nak kata kulit muka GLOWING macam artis tu memang tak la. Nak kata NATURAL BEAUTY pon tak cantik juga. Tapi mungkin saya ni jenis yang tak suka Make-Up maka saya pakai apa yang saya rasa nak je la. Yang pastinya Johnson Baby Powder tu la yang saya usung kesani sini sepanjang 33tahun ni. Kalau nak tau tu je lak koleksi barang Make-Up paling rare yang saya wajib ada. Lain-lain memag nehiii...

Tapi semenjak peningkatan usia ni, saya ada sedikit kesedaran nak jaga kulit excpecilly muka lah. So untuk penjagaan yang terbaik, pastilah bermula dari dalaman. Saya consume vitamin E dan vitamin C daripada Shaklee. Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun membiasakan diri dengan pelbagai versi VITAMIN SHAKLEE untuk pemuliharaan kulit, kesannya kulit saya sekarang tak lah kusam dan kering macam zaman muda-mudi dulu. Ramai pon tanya saya makan apa? Pakai apa?

Alhamdulillah sekarang ni, adik saya yang memang alert bab-bab kecantikan ni dah perkenalkan saya dengan Foundation versi Flawless pula kalau kita pakai. Disebabkankan foundation ni tak berangkai dengan macam-macam set skin care, saya pon setuju la nak cuba. MasyaAllah baru sehari pakai dah rasa best sesangatSerious saya tak tipu. Muka memang tak berminyak dan tak melekit. Selalu saya memang kalah dengan foundation yang ada di pasaran. Sebabnya base foundation tu memang melekit dan berminyak. Terlebih calit mau bertompok. Tapi dengan MERMAID Flawless Foundation ni memang tak berminyak jauh sekali melekit sebab  tekstrurnya lebih ringan dan halus.

Asas Bedak MERMAID FLAWLESS FOUNDATION, Pengasas MFF
Pengasas Foundation MERMAID

Tak perlu cuci muka bagai bila nak berwudhuk! yang ni memang awsome. Sebab foundation ni mudah meresap air. Yang penting ianya HALAL dan boleh dibawa solat. Memang sesuai kepada mereka-mereka yang kesuntukan masa. Kira ambik wuduk dan terus je bersolat. Dah siap solat boleh sambung buat kerja. Tak perlu nak touch-up lebih-lebih lagi. Mudahkan! So apalagi. Kalau tak cuba memang anda tak kan tau....

Masih tercari-cari alas bedak yang dijamin HALAL???

pastinya....

  MERMAID FLAWLESS FOUNDATION SKIN  CARE  



Berminat untuk dapatkan MERMAID FOUNDATION

Hubungi:

0111 655 0182
-wani-


Saturday, 3 October 2015

MERMAID Flawless Foundation

Assalamualaikum!!! Selamat Berhujung Minggu...

Sebenarnya harini saya nak memperkenalkan satu - satunya FOUNDATION atau ALAS BEDAK terhebat dan terbaik abad ini. Kompem tak menyesal punya kalau baca entry blog saya ni sampai habis. Ermmm kalau isu produk kecantikan sapa tak mau tau kan. So mai la saya habaq. Memang TIPTOP habaq hang.

MERMAID Flawless Foundation, Foundation, Alas Bedak, MERMAID
MERMAID Flawless Foundation

  MERMAID FLAWLESS FOUNDATION  


MERMAID Flawless Foundation, Foundation, Alas Bedak, MERMAID
Alas Bedak 100% buatan Melayu Islam di Malaysia

Apa yang menarik tentang MERMAID Flawless Foundation?

Setiap orang mesti akan tanya apa yang best tentang sesuatu produk kan bila kita kongsi cerita dengan mereka. So MERMAID Foundation ni pon mesti u olzz nak tau apa yang menarik kan??? Yang pastinya MERMAID Flawless Foundation ni merupakan produk 100% berasaskan bahan SEMULAJADI dan paling penting 100% BUATAN MELAYU ISLAM. So pastinya HALAL dan patuh syarak.

Apakah bahan-bahan asas MERMAID Flawless Foundation?

Adalah menjadi kebanggaan kepada produk ini apabila ianya diadunkan daripada bahan-bahan terhebat. Antaranya:

❤❤❤ ARGAN OIL ❤❤❤

❤❤❤ GRAPE STEM CELL ❤❤❤

❤❤❤ SERBUK MUTIARA ❤❤❤

❤❤❤ VITAMIN C ❤❤❤

❤❤❤ VITAMIN E ❤❤❤


Apakah ciri-ciri terbaik MERMAID Flawless Foundation?

Produk terbaik semestinya didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik juga. So sangat-sangat berbaloi untuk satu founfation yang boleh memberi pelbagai kebaikan dan munafaat. Antara ciri-ciri MERMAID Flawless Foundation adalah:

☀☀ Bukan kategori cecair atau cream. Ianya merupakan FOUNDATION MOUSE MATTE.

☀☀ TERKSTUR LEBIH RINGAN

☀☀ TIDAK MELEKIT

☀☀ TIDAK BERMINYAK

☀☀ TIDAK MEREKAH

☀☀ MENGANDUNGI SPF 50+

☀☀ TAHAN 24 jam

☀☀ EFFECT FLAWLESS selepas pecah peluh.

☀☀ MESRA SOLAT. TIDAK MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG.

☀☀ SAPUAN PERTAMA TERUS JATUH CINTA.

☀☀ MENUTUP CELA SAMBIL MERAWAT KULIT BERMASALAH

☀☀ HANYA SATU WARNA SAHAJA . SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT & MENGIKUT WARNA DARAH.


Ok sekarang dah apa yg menarik tentang MERMAID Flawless Foundation ni kan. Ni la foundation terbaik kebanggaan saya yang dikeluarkan oleh DHILESA BEAUTY CENTRE.



Selamat Mencuba!!!

MERMAID FLAWLESS FOUNDATION SKIN  CARE

Berminat untuk dapatkan MERMAID FOUNDATION

Hubungi:
0111 655 0182
-wani-