Sunday, 11 October 2015

Hadits-hadits Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Solat Dhuha

Hadits-hadits Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Solat Dhuha

Doa Dhuha, Doa Solat Dhuha, Solat Dhuha
Doa Solat Dhuha

Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahannya itu keindahanMu, 
kekuatannya itu kekuatanMu,
kekuasaannya itu kekuasaanMu 
dan perlindungannya itu perlindunganMu

Ya Allah, 
jika rezekiku masih di langit turunkanlah, 
dan jika di dalam bumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah
jika haram sucikanlah 
dan jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuhaMu, 
kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepada ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Antara Hadits-hadits Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Solat Dhuha;


1. Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: yang bermaksud:

“Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.”
(Hadits Riwayat ; Imam At-Tirmidzi)


2. Mendapat Istana di Syurga
” Barang siapa (yang mengerjakan) solat Dhuha 12 rakaat, (Nescaya) Allah akan membuatkan baginya istana di Syurga “
(Hadits Riwayat ; Imam At-Tirmidzi dan Abu Majah)


3. Diampunkan dosa oleh Allah SWT dan termasuk dalam golongan Awwabin (Orang yang bertaubat)
” Sesiapapun (Barang siapa) yang melaksanakan solat dhuha dengan berterusan, maka akan diampuni dosanya oleh Allah, walaupun dosanya itu sebanyak buih-buih di lautan “
(Hadits Riwayat ; Imam At-Tirmidzi)


4. Fadhilat mengikut darjat bilangan rakaat.
“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,”
(Hadits Riwayat ; At-Thabarani )



5. Allah SWT mencukupkan baginya segala keperluan.
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam kitab Hadits Qudsi, bahawa Allah SWT. berfirman yang bermaksud ; 

“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.”
(Hadits Riwayat ; Imam Abu Dawud)


6. Wasiat daripada Rasulullah SAW
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”
(Hadits Riwayat ; Bukhari, Muslim dan At-Thabarani)



7. Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
” Dari Zaid bin Arqam RA  Berkata ; ” Rasulullah Muhammad SAW keluar (menuju) ke penduduk Quba serta mereka sedang sholat dhuha “. Beliau pun bersabda, Sholat duha (awwabin) berakhir sampai panas matahari menyengat (pada tengah hari/ siang hari).“
(Hadits Riwayat ; Ahmad Muslim dan Imam At-Tirmidzi)


8. Masuk Syurga melalui pintu Dhuha
Rasulullah bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT.”

(Hadits Riwayat ; At-Thabarani)



Untuk panduan solat DHUHA boleh rujuk di SINI:- 

No comments:

Post a Comment