Monday, 14 December 2015

Resepi PUDING ROTI SOS KASTARD

RESEPI : PUDING ROTI SOS KASTARD

Assalamualaikum...hai kawan-kawan. sebenarnya dah lama saya buat puding ni. Tapi entry nya yang baru saya posting. Lama dah post resepi puding roti sos kastard ni bertapa dalam draft. So dah alang-alang nak clearkan draf, mana entry yang dah hampir siap saya siapkan dan publish terus. So jom tengok resepi mudah nak buat puding roti beserta kuah kastard ni. Selalunya saya akan buat bila roti dah hampir nak expired date.


Bahan-bahan untuk puding:

5 -8 keping roti (sy guna gardenia)
*2 biji telur
*4 sudu besar gula
*1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
Butter
Kismis


Cara buat:
  • Masukkan bahan bertanda '*' (telur, gula & esen vanila) ke dalam mixer / blander. Mix @ bland bagi sekata dan kembang.
  • Masukkan susu cair. Kacau-kacau manja sekejap je bg sekata.
  • Sapukan butter pada bahagian depan dan belakang roti.
  • Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang bagi samarata.(kalau tak nak carikkan pon tak pe. Tapi untuk nampak lebih berseni sila la carik dalam perlbagai saiz.)
  • Tabur kismis di atas permukaan roti yang dah siap disusun dalam loyang.(saya tabur kismis setiap lapisan roti yang disusun)
  • Last skali, tuang semua adunan yang telah di mix/bland tadi ke atas roti di dalam loyang. (saya tabur kismis atas adunan tu juga.)
  • Kukus selama 20-30 minit dengan api yang sederhana.

Bahan-bahan untuk sos kastard:

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila


Cara buat:
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  • Masak menggunakan api perlahan sehingga masak.
  • Kacau sos sentiasa untuk mengelakkan ia menjadi berketul-ketul.
  • Kacau sampai sos menjadi sedikit pekat.
  • Setelah mendapat kepekatan yg diinginkan, tutup api. (Kepekatan sos ikut kesukaan anda. Saya tak suka sos yg pekat dan agak melekit. So sy kacau sampai sos berpalut je. Tak sampai terlampau pekat.)

Resepi Puding Roti Sos Kastard
Puding Roti Sos Kastard #wanisyerikitchen

Makan sejuk-sejuk memang best. Boleh buat hidangan untuk breakfast mahupun minum petang. Tapi kalau saya tak de time yang khusus. Asal nak makan buka petisejuk potong dan makan je puding ni.Selamat mencuba Puding Roti Sos Kastard versi anda...ni versi #wanisyerikitchen.

No comments:

Post a Comment