Thursday, 8 December 2016

Ustaz Pondok Bukti Kemampuan : PU Zul

#PUZul, Finalist Pencetus Ummah Musim Ke-4


Berakhir sudah Pencetus Ummah musin yang ke-4 semalam, 8 Disember 2016 dengan dibarisi empat peserta finalist iaitu #PUZul, #PUMizi, #PUAkram dan #PURaihan. Tahniah buat #PUMizi kerana berjaya menjadi juara PU musim ke-4 ni. Keputusan penuh musim ke-4 adalah seperti berikut:


Juara:
Naib Juara:
Tempat Ke-3: 
Tempat Ke-4:

Pencetus Ummah musim ke-4 ini mengubah persepsi masyarakat terutamanya penonton-penonton dan penyokong peserta pencetus ummah bahawa rupa paras, taraf pendidikan dan asal-usul bukan lagi menjadi kayu pengukur dan keutamaan untuk menjadi juara. 

Jika kebiasaannya yang muda, yang hensem, yang berpendidikan tinggi dan yang berkarisma menjadi calon kesukaan ramai, tetapi Alhamdulillah di musim ke-4 ini, penonton program pencetus ummah nampaknya memilih calon yang tazkirahnya santai dan menusuk ke jiwa sebagai peserta  favorite. Peserta PU musim ke-4 juga nampak seimbang dari segi kreteria, ketrampilan, karisma dan kebijaksanaan. Oleh hal yang demikian mereka berpeluang bersaing secara adil dan sihat.

PU musim ke-4 ini juga memberi fenomena baru dalam dunia dakwah apabila satu-satunya ustaz pondok berjaya dibawa ke pentas akhir. Tahniah buat Ustaz Zulkornain bin Md Rejab atau lebih dikenali sebagai #PUZul dengan tagline 'HIDUP JANGAN PENYEGAN, AKHIRAT MESTI MAU LIGAN' berjaya menjadi Naib Juara PU musim ke-4. 

Beliau merupakan ustaz yang mendapat pendidikan di MADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH atau lebih dikenali sebagai Pondok Pakteh, Pengkalan Hulu yang merupakan institusi pondok tradisional. Bukan pondok moden seperti sekarang. Dari gaya penampilan dan bahasa percakapannya juga menampakkan beliau sangatlah "Low Profil". Dengan pengalaman-pengalaman beliau sebagai pendakwah bebas sebelum ini dan mengajar di majlis-majlis ilmu sekitar Pengkalan Hulu, Gerik, Baling dan Kulim, beliau lebih gemar menggunakan gaya santai dalam menyampaikan tazkirah.

Penerimaan penonton terhadap tazkirah santai beliau boleh dilihat melalui undian penonton secara online melalui akaun Facebook sepanjang berlangsungnya program PU musim ke-4 ini. Alhamdulillah dari minggu ke-3 sehingga malam Akhir Mimbar PU musim ke-4, beliau kekal dikedudukan teratas berdasarkan undian penonton. Kemenangan Juara dan Naib Juara hanya dibezakan dengan markah dari juri tetap sahaja. 

Jika tahun 2015 jenerasi pondok yang mencuba nasib di pentas Pencetus Ummah iaitu #PURamadham yang membawa tagline 'DARI PONDOK KITA BERMUZAKARAH, DENGAN ILMU KITA BERDAKWAH' tidak berjaya meneruskan perjuangan beliau ke peringkat akhir, tapi tahun #PUZul dah pon merealisasikan produk pondok juga mampu bersaing seiring dengan mereka yang berpendidikan moden. Kuncinya ilmu perlu ada dalam usaha menyampaikan dakwah. Semoga dengan kemampuan Ustaz Zulkornain menyampaikan tazkirah di pentas PU dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap institusi pondok yang dipandang sipi sedangkan ia juga mampu mengeluarkan produk berkualiti.

TAHNIAH buat tenaga pengajar Pondok Pakteh Pengkalan Hulu kerana berjaya melahirkan seorang Pencetus Ummah yang mampu memberi saingan hebat di pentas PU. Semoga #PUZul menjadi pemangkin dan idola generasi pondok untuk terus berjuang menjadi Da'ei dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Thursday, 17 November 2016

Jom Undi Pencetus Ummah ZUL

Mimbar Pencetus Ummah 2016 : Minggu Ke- 4

Assalamualaikum.


Pencetus Ummah 2016, PU ZUL, Pencertus Ummah Zul
Tajuk PU ZUL minggu keempat

Jangan lupa temujanji setiap malam Khamis, jam 9.00 malam di ASTRO OASIS 109 dan MAYA HD 135. Ada apa???? Haaaaaa...ada MIMBAR PENCETUS UMMAH musim yang ke-4. Mai pakat-pakat tengok rancangan keagamaan la pulak. Banyak ilmu dan pengetahuan agama dapat kita pelajari daripada tazkirah-tazkirah pendek yang disampaikan oleh para peserta Pencetus Ummah ni.

Sebagai tanda sokongan kita kepada peserta-peserta PU musim ke-4 ni, jom la kita undi PU pilihan kita setiap hari. Tak pakai duit pon. Janji ada internet dan ada akaun Facebook. Caranya mudah. Just layari www.pencetusummah.com. Next step boleh follow kat sini. Ikut je step-step mudah yang saya dah konsikan tu.

Saya UNDI PU Zul. Kenapa???? Sebab beliau merupakan Ustaz yang mengajar kuliah agama kepada mak ayah saya serta orang-orang kampung dekat masjid di sekitar Kroh, Pengkalan Hulu, Perak. Beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul. Sebenarnya banyak lagi kuliah-kuliah beliau di masjid-masjid sekitar Baling, Kulim dan Gerik. Saya juga dengar kuliah beliau dari rumah je kalau balik kampung. Almaklumlah rumah sebelah masjid je. Tapi saya tak dak la kitab macam mak ayah saya.

So apa la salahnya kalau saya mengundi bagi pihak mak ayah saya yang kompem-kompem tak dak Facebook bagai untuk undi PU. Mak ayah siap pesan lagi "hangpa jagan lupa sokong (UNDI) Ustaz Zul tu. Kami ni tak reti nak undi lagu (macam) mana...". Bukan lagu dalam GV k.

Ok so la ni pakat mai la ramai-ramai undi PU Zul tiap-tiap hari bagi membantu beliau mendapat sekurang-kurangnya 30% daripada pemarkahan dalam Mimbar PU setiap malam Khamis.


PERINGATAN

1 hari hanya boleh buat 1 Undian menggunakan 1 Akaun FacebookSAHAJA. 

*Kalau ada lebih dari satu akaun facebook boleh buat lebih dari satu undian


#PencetusUmmah2016
#DakwahYangSatu
#PUZUL
#HidupJanganPenyeganAkhiratMestiMauLigan
#KeepVotingPUZUL
#KeepSupportingPUZUL

Wednesday, 2 November 2016

Cara Undi Pencetus Ummah Musim Ke-4

Macamana Nak Undi #PUZUL??? 


السلام عليكم...

Ramai yang whatsApp dan PM tanya macamana nak undi Ustaz Zul yang kini dikenali sebagai #PUZUL untuk Pencetus Ummah Musim Ke-4, 2016 ni.

Ok, mudah je kalau pakai smartphone. Hanya ikut langkah-langkah yang saya kongsikan kat bawah ni 'step by step'.

1. Klik www.pencetusummah.com.my dan akan keluar paparan macam kat bawah ni pada skrin telefon anda.




2. Skrol skrin telefon ke bawah sampai nampak paparan macam kat bawah ni. Nampak button Log In FB warna biru tu. So klik button tu.




3. Lepas klik button Log in FB, akan keleuar paparan kat bawah ni. Sila masukkan Email dan Password Facebook anda.


4. Bila dah taip email dan password macam gambar kat bawah ni, klik Log Masuk / Log In.




5. Bila dah berjaya log masuk, anda akan dapat paparan macam kat gambar bawah ni. So sekarang anda dah berjaya mengaktifkan akaun Facebook anda untuk mengundi PU pilihan anda. Klik button Continue warna biru tu.




6. Lepas klik continue, anda akan automatik dapat melihat wajah-wajah barisan Pencetus Ummah 2016. So sila la klik pada gambar #PUZUL untuk undi Ustaz Zul. Jangan Lupa undi #PUZUL tau.
Kedudukan semasa boleh tengok kat situ mengikut % undian terkini. (gambar ni diambil pada 28 Oktober 2016)




7. Bila dah klik pada gambar #PUZUL, akan keluar paparan profil PU ZUL macam kat bawah ni.




8. Skrol sikit ke bawah handphon tu. So anda akan nampak paparan macam gambar kat bawah ni. Kat sini lah anda boleh buat  undian. Caranya mudah klik je pada button UNDI PU ZUL




9. Untuk pastikan undian anda tadi tu berjaya atau tidak kena tunggu sat. Dalam beberapa saat anda akan dapat pesanan daripada ASTRO. Kalau berjaya akan akan dapat ucapan Terima Kasih dari ASTRO macam gambar di bawah ni. So selesai. Jangan tak undi pulak. Bukan Susah pon.




Semoga perkongsian cara membuat undian di atas dapat membantu anda menngundi PU pilihan anda setiap hari.


PERINGATAN

1 hari hanya boleh buat 1 Undian menggunakan 1 Akaun Facebook SAHAJA. 

*Kalau ada lebih dari satu akaunfacebook boleh buat lebih dari satu undian


#PencetusUmmah2016
#DakwahYangSatu
#PUZUL
#HidupJanganPenyeganAkhiratMestiMauLigan
#KeepVotingPUZUL
#KeepSupportingPUZUL

.


Tuesday, 1 November 2016

Peserta Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016

Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016


Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016



Dengan tema 'PENYATUAN', Pencetus Ummah Musim Ke-4 kini telah kembali bersiaran. Musim ini dibarisi oleh 9 orang peserta yang telah berjaya melalui sesi ujibakat. Tahniah buat semua PU yang telah berjaya menepatkan diri dalam PU musim ke-4 ini.


SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016

1. Mohamad Faris Abu Bak | 20 tahun
2. Muhammad Haris Mohd Ismail | 21 tahun
3. Raihan Husni | 26 tahun
4. Akram Ikram Taib Azamudden | 27 tahun
5. Muhammad Rozi Harun | 28 tahun
6. Abdul Latif Yahaya | 31 tahun
7. Mohd Affendi Mohamed Nor | 34 tahun
8. Zulkornain Md Rejab | 41 tahun
9. Nor Hamizi Jamaluddin | 41 tahun


Terdapat juga kelainan dari segi format rancangan pada musim ke-4 ini. Antaranya Pencetus Ummah musim ini akan melalui segmen perbahasan selama 3 minit dan 2 peserta yang mendapat markah terendah akan berdebat serta melontarkan pandangan masing-masing di segmen yang denamakan MEDAN FIKRAH. Melalui segmen ini peserta akan dinilai dari kebijaksanaan dan keupayaan melontarkan hujah-hujah mengenai sesuatu isu yang diberikan. 


Keupayaan peserta juga dinilai ketika menjawab persoalan yang diutarakan melalui segmen ‘SOAL DAN JAWAB’. Segmen ini lebih ditekanan kepada fakta dan ketepatan jawapan yang diberikan oleh setiap PU. Program ini juga dilihat mampu melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah yang berkualiti dalam menyampaikan dakwah. 

PENGACARA MIMBAR PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
PU Azman
Faizal Ismail (FBI)

MUDIR PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016 
Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin

GURU PERSEMBAHAN PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Fauziah Nawi 

JURI TETAP PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza)
Fara Fauzana

FORMAT PEMARKAHAN PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
70 % Juri
30 % Undian Penonton

PENAJA PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Koki Pak Belalang – Penaja Utama
Serai Emas – Penaja Bersama

HADIAH PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Juara : Wang Tunai RM100,000 dan trofi
Kedua : Wang Tunai RM30,000 dan trofi 
Ketiga : Wang Tunai RM20,000 dan trofi 
Keempat : Wang Tunai RM10,000 dan trofi

Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016, Pencetus Ummah 2016,
Peserta Pencetus Ummah 2016


Thursday, 6 October 2016

Omega Guard Shaklee

PROMOSI OMEGA GUARD SHAKLEE

Untuk mengetahui kebaikan dan fungsi Omega Guard Shaklee sila klik >>>  di sini







SPECIAL OFFER UNTUK YANG DAFTAR AHLI SHAKLEE
mulai 1 - 15 Okteber 2016












Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri mahupun menjana pendapatan tambahan, anda juga boleh menghubungi saya. Saya juga sediakan tips dan panduan pemakanan bagi setiap vitamin yang anda beli. Bagi yang ingin menjana pendapatan, saya akan bantu anda. Kita akan sama-sama menuai hasil di ladang yang terbentang luas yang Shaklee sediakan. Jom sama-sama sertai saya sabagai Pengedar Sah Shaklee Penang dan seluruh Negeri di Malaysia.

JANGAN MALU JANGAN SEGAN untuk menghubungi saya.
Anda boleh call / sms / whatsApp saya ye.

Sebarang Pertanyaan & Tempahan Hubungi:
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Sah Shaklee Penang

Ku Rela Dibenci

Ku Rela Dibenci -  Aiman Tino

Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku

Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal igauan mimpimu
Ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mata ku terus mengalir
Membasahi di dadaku

Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang di nanti

Ku ingin ku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang di nanti
Semoga pemergianku ini
Terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela di jemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

Ku ingin ku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela di jemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi

Hanya disana kekal dan abadi


Thursday, 28 April 2016

Rangkain Produk MERMAID by Dhilesa

Rangkain Produk MERMAID by Dhilesa


MERMAID FACIAL WASH


Mermaid Facial Wash, Mermaid Skin Care, MRS


  • Berkesan untuk menanggalkan SISA MAKEUP, MINYAK dan sisa kotoran dari liang pori.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati di permukaan kulit  agar kulit kelihatan lebih cerah dan bermaya.
  • Mengecilkan liang pori , melindungi wajah dari kerosakan radikal bebas  dan pencemaran luar
  • Effect SHOOTING, COOLING, dan CLAMING  pada kulit wajah selepas cucian pertama.
  • Kulit wajah anda akan merasa lebih SEGAR, LEMBUT dan ANJAL jika digunakan setiap hari, wajah akan kelihatan awet muda.
  • selamat digunakan dan HALAL tanpa was-was, mendapt kelulusan KKM ( NOT160305317K )


MERMAID ELIXER SERUM


Mermaid Elixer Serum, Mermaid Skin Care, MRS


  • kami tidak menjanjikan keajaiban, kami menilai hasilnya..
  • serum unggul kami mempunyai FORMULA gabungan 8 bahan alam semulajadi yang berkualiti, dicipta Khas untuk mengawal kelembapan kulit dan menghentikan punca terjadinya JERAWAT.
  • Mulakan Rutin Harian anda dengan Kuasa Teknologi nano MICRO yang  membantu serum mudah menyerap kedalam lapisan Kulit anda.
  • Lengkapkan set penjagaan kulit anda dengan MERMAID ELIXER SERUM setiap hari, Sungguh berkesan dan lembut ke atas kulit
  • Anda pasti akan terpukau!!!!
  • selamat digunakan dan HALAL tanpa was-was, mendapt kelulusan KKM ( NOT160305316K )


MERMAID FLAWLESS FOUNDATION


Mermaid Flawless Foundation, MFF


  • Foundation Terbaik masa kini yang mampu menutup cela sambil merawat kulit wajah.
  • MERMAID FLAWLESS FOUNDATION merupakan satu-satunya alas bedak 100% buatan Melayu Islam .
  • MERAWAT kulit berjerawat dan berjeragat
  • Mengatasi masalah lebihan minyak pada muka
  • Menutup jerawat sambil mengecutkannya.
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menjadikan kulit wajah kelihatan lebih licin dan berseri
  • pemakain setiap hari menjadikan wajah awet muda kerana kandungan Argan Oil, Grape Stem cell, Serbuk Mutiara, Vitamin C & E
  • Foundation imi tidak mengandungi silikon yang menghalang air dari menembusi kulit, maka ianya bersifat mesra WUDHUK dan boleh dibawa solat.
  • selamat digunakan dan HALAL tanpa was-was, mendapt kelulusan KKM ( NOT160305315K )
Mai La cuba!!!

MERMAID SKIN  CARE by Dhilesa

Berminat untuk dapatkan rangkaian produk MERMAID by Dhilesa

Hubungi:

0111 655 0182 -WANI-

(AGENT PENANG, KEDAH & PERAK)

*********
COD AREA

*********

PULAU PINANG
Penanti, Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Jaya, Permatang Pauh
 (Boleh contact untuk pertanyaan kawasan sekitar yang berhampiran)

KEDAH
Lunas, Kulim, Kupang, Baling.
(Boleh contact untuk pertanyaan kawasan sekitar yang berhampiran)

PERAK
Pengkalan Hulu.
(Boleh contact untuk pertanyaan kawasan sekitar yang berhampiran)


POS LAJU, Gdex & CITY LINK keseluruh Malaysia

Mermaid Flawless Foundation by Dhilesa Beauty

Mermaid Flawless Foundation by Dhilesa Beauty


Mermaid Flawless Foundation, Mermaid Foundation, MFF
MERMAID FLAWLESS FOUNDATION



Apa yang menarik tentang MERMAID Flawless Foundation?

Setiap orang mesti akan tanya apa yang best tentang sesuatu produk kan bila kita kongsi cerita dengan mereka. So MERMAID Foundation ni pon mesti u olzz nak tau apa yang menarik kan??? Yang pastinya MERMAID Flawless Foundation ni merupakan produk 100% berasaskan bahan SEMULAJADI dan paling penting 100% BUATAN MELAYU ISLAM. So pastinya HALAL dan PATUH SYARAK.



Apakah bahan-bahan asas MERMAID Flawless Foundation?
Adalah menjadi kebanggaan kepada produk ini apabila ianya diadunkan daripada bahan-bahan terhebat. Antaranya:

❤❤❤ ARGAN OIL ❤❤❤

❤❤❤ GRAPE STEM CELL ❤❤❤

❤❤❤ SERBUK MUTIARA ❤❤❤

❤❤❤ VITAMIN C ❤❤❤

❤❤❤ VITAMIN E ❤❤❤


Apakah ciri-ciri terbaik MERMAID Flawless Foundation?
Produk terbaik semestinya didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik juga. So sangat-sangat berbaloi untuk satu founfation yang boleh memberi pelbagai kebaikan dan munafaat. Antara ciri-ciri MERMAID Flawless Foundation adalah:

☀☀ Bukan kategori cecair atau cream. Ianya merupakan FOUNDATION MOUSE MATTE.

☀☀ TERKSTUR LEBIH RINGAN

☀☀ TIDAK MELEKIT

☀☀ TIDAK BERMINYAK

☀☀ TIDAK MEREKAH

☀☀ MENGANDUNGI SPF 50+

☀☀ TAHAN 24 jam

☀☀ EFFECT FLAWLESS selepas pecah peluh.

☀☀ MESRA SOLAT. TIDAK MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG.

☀☀ SAPUAN PERTAMA TERUS JATUH CINTA.

☀☀ MENUTUP CELA SAMBIL MERAWAT KULIT BERMASALAH

☀☀ HANYA SATU WARNA SAHAJA . SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT.


Ok sekarang dah tau kan apa yg menarik tentang MERMAID Flawless Foundation. Ni la foundation terbaik kebanggaan saya yang dikeluarkan oleh DHILESA BEAUTY CENTRE.



Selamat Mencuba!!!

MERMAID FLAWLESS FOUNDATION SKIN  CARE

Berminat untuk dapatkan MERMAID FOUNDATION

Hubungi:

0111 655 0182 -WANI-
(AGENT PENANG, KEDAH & PERAK)

*********
COD AREA
*********

PULAU PINANG
Penanti, Bukit Mertajam, Bandar Perda, Seberang Jaya, Permatang Pauh
 (Boleh contact untuk pertanyaan kawasan sekitar yang berhampiran)

KEDAH
Lunas, Kulim, Kupang, Baling.
(Boleh contact untuk pertanyaan kawasan sekitar yang berhampiran)

PERAK
Pengkalan Hulu.
(Boleh contact untuk pertanyaan kawasan sekitar yang berhampiran)


POS LAJU, Gdex & CITY LINK keseluruh Malaysia