Wednesday, 2 November 2016

Cara Undi Pencetus Ummah Musim Ke-4

Macamana Nak Undi #PUZUL??? 


السلام عليكم...

Ramai yang whatsApp dan PM tanya macamana nak undi Ustaz Zul yang kini dikenali sebagai #PUZUL untuk Pencetus Ummah Musim Ke-4, 2016 ni.

Ok, mudah je kalau pakai smartphone. Hanya ikut langkah-langkah yang saya kongsikan kat bawah ni 'step by step'.

1. Klik www.pencetusummah.com.my dan akan keluar paparan macam kat bawah ni pada skrin telefon anda.




2. Skrol skrin telefon ke bawah sampai nampak paparan macam kat bawah ni. Nampak button Log In FB warna biru tu. So klik button tu.




3. Lepas klik button Log in FB, akan keleuar paparan kat bawah ni. Sila masukkan Email dan Password Facebook anda.


4. Bila dah taip email dan password macam gambar kat bawah ni, klik Log Masuk / Log In.




5. Bila dah berjaya log masuk, anda akan dapat paparan macam kat gambar bawah ni. So sekarang anda dah berjaya mengaktifkan akaun Facebook anda untuk mengundi PU pilihan anda. Klik button Continue warna biru tu.




6. Lepas klik continue, anda akan automatik dapat melihat wajah-wajah barisan Pencetus Ummah 2016. So sila la klik pada gambar #PUZUL untuk undi Ustaz Zul. Jangan Lupa undi #PUZUL tau.
Kedudukan semasa boleh tengok kat situ mengikut % undian terkini. (gambar ni diambil pada 28 Oktober 2016)




7. Bila dah klik pada gambar #PUZUL, akan keluar paparan profil PU ZUL macam kat bawah ni.




8. Skrol sikit ke bawah handphon tu. So anda akan nampak paparan macam gambar kat bawah ni. Kat sini lah anda boleh buat  undian. Caranya mudah klik je pada button UNDI PU ZUL




9. Untuk pastikan undian anda tadi tu berjaya atau tidak kena tunggu sat. Dalam beberapa saat anda akan dapat pesanan daripada ASTRO. Kalau berjaya akan akan dapat ucapan Terima Kasih dari ASTRO macam gambar di bawah ni. So selesai. Jangan tak undi pulak. Bukan Susah pon.




Semoga perkongsian cara membuat undian di atas dapat membantu anda menngundi PU pilihan anda setiap hari.


PERINGATAN

1 hari hanya boleh buat 1 Undian menggunakan 1 Akaun Facebook SAHAJA. 

*Kalau ada lebih dari satu akaunfacebook boleh buat lebih dari satu undian


#PencetusUmmah2016
#DakwahYangSatu
#PUZUL
#HidupJanganPenyeganAkhiratMestiMauLigan
#KeepVotingPUZUL
#KeepSupportingPUZUL

.