Tuesday, 1 November 2016

Peserta Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016

Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016


Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016



Dengan tema 'PENYATUAN', Pencetus Ummah Musim Ke-4 kini telah kembali bersiaran. Musim ini dibarisi oleh 9 orang peserta yang telah berjaya melalui sesi ujibakat. Tahniah buat semua PU yang telah berjaya menepatkan diri dalam PU musim ke-4 ini.


SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016

1. Mohamad Faris Abu Bak | 20 tahun
2. Muhammad Haris Mohd Ismail | 21 tahun
3. Raihan Husni | 26 tahun
4. Akram Ikram Taib Azamudden | 27 tahun
5. Muhammad Rozi Harun | 28 tahun
6. Abdul Latif Yahaya | 31 tahun
7. Mohd Affendi Mohamed Nor | 34 tahun
8. Zulkornain Md Rejab | 41 tahun
9. Nor Hamizi Jamaluddin | 41 tahun


Terdapat juga kelainan dari segi format rancangan pada musim ke-4 ini. Antaranya Pencetus Ummah musim ini akan melalui segmen perbahasan selama 3 minit dan 2 peserta yang mendapat markah terendah akan berdebat serta melontarkan pandangan masing-masing di segmen yang denamakan MEDAN FIKRAH. Melalui segmen ini peserta akan dinilai dari kebijaksanaan dan keupayaan melontarkan hujah-hujah mengenai sesuatu isu yang diberikan. 


Keupayaan peserta juga dinilai ketika menjawab persoalan yang diutarakan melalui segmen ‘SOAL DAN JAWAB’. Segmen ini lebih ditekanan kepada fakta dan ketepatan jawapan yang diberikan oleh setiap PU. Program ini juga dilihat mampu melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah yang berkualiti dalam menyampaikan dakwah. 

PENGACARA MIMBAR PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
PU Azman
Faizal Ismail (FBI)

MUDIR PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016 
Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin

GURU PERSEMBAHAN PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Fauziah Nawi 

JURI TETAP PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza)
Fara Fauzana

FORMAT PEMARKAHAN PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
70 % Juri
30 % Undian Penonton

PENAJA PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Koki Pak Belalang – Penaja Utama
Serai Emas – Penaja Bersama

HADIAH PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
Juara : Wang Tunai RM100,000 dan trofi
Kedua : Wang Tunai RM30,000 dan trofi 
Ketiga : Wang Tunai RM20,000 dan trofi 
Keempat : Wang Tunai RM10,000 dan trofi

Pencetus Ummah Musim Ke-4 2016, Pencetus Ummah 2016,
Peserta Pencetus Ummah 2016


No comments:

Post a Comment